Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2012

Rendang Ayam

Gambar
Assalamualaikum dan Salam  Sejahtera semua,   Selamat Hari Merdeka, selamat bercuti dan selamat kunjung-mengujungi ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. ramai yg buat rumah terbuka kan ..? akak baru jer selesai  menghadiri 2 rumah terbuka. Alhamdulillah kekenyangan dan seronok sbb dapat jumpa jiran dan sahabat2 yg dah lama tak jumpa.  Antara hidangan utama yg ada pastinya ketupat dan rendang .  N3 akak kali ni juga adalah rendang ayam yang akak dapat dari blog Kak Ummi dan resepi asal dari Chef Liza . Pagi tadi akak buat bersama ketupat palas . Saja teringin  sangat tengok rendang Kak Ummi tu..Bagi akak resepi ni simple dan sedap. Kalu rasa teringin nak makan tu ,boleh la buat sendiri.  Berikut adalah resepinya.   Rendang Ayam  Resepi Asal : Chef liza Rujukan : Kak Ummi   Bahan A:- 1 ekor ayam (dipotong kecil) 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa) 1/2 cawan kerisik 2 helai daun kunyit (disiat) 2 keping asam gelugor (*ni akak tamb...

Aidilfitri 2012

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, Aduhaiiiii....lama sungguh tak online..Selamat bertemu kembali ya!....Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, Syawal kali ni disambut secara sederhana tapi meriah . Seperti biasa akak akan balik beraya di kedua2 kg ( kg akak & suami ). Kali ni raya pertama di rumah mertua. Akak percaya masih ramai lg yg masih bercuti tapi akak dah mula bekerja pada 23hb Ogos 2012. Tapi hari ni dah ramai yg beransur pulang ,mmg sesak sangat la kat jalan tu .Apa2pon selamat berangkat dan berhati2 memandu ya...!                                         Sesi fotografi bersama keluarga mertua....nnt tahun depan dgn keluarga akak pulak insyaAllah... Tersedondon la pulak tahun ni....selalunya kami tak kisah sangat bab2  baju raya ni..pakai jer warna apa yg suka. Faheem Hasif (depan) ...anak sedara yg terbaru dlm keluarga ... Rafiq ( bela...

Biskut Chocolate Swirl

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, MasyaAllah ....semakin dekat nak raya , semakin banyak kerja nak kena buat ...org len tu dah siap packing nak balik kg tapi akak ni baru nak cari beg...hahaha...mcm la jauh sangat... Tahun ni tak banyak jenis kuih/biskut yg akak buat ,sikit2 jer utk makan dan bawa balik kg . Antara biskut yg akak buat tu adalah Biskut  Chocolate Swirl. Resepi ni akak dapat dari blog Kak Zalina . Terima Kasih Kak Zalina sbb sudi share resepi yg sedapppp ni.  Chocolate  Swirl Resepi Asal : Kak Zalina ~BZEE BAKERY Bahan A: 125 butter 50 gula aising (diayak) 1 biji kuning telur 1 sudu teh sirap chocolate Hersheys (kak nita letak esen vanila sikit jer) Bahan B: 50 gm badam kisar 50gm coklat urai (kak nita gantikan dgn serbuk biskut oreo) 25 gm tepung potato starch 25 gm tepung jagung 10 gm susu tepung 120 gm tepung gandum Bahan C (hiasan) Chocolate chips Cara. 1. Gaul A sebati 2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Pici...

Kuih Kole Kacang

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... Diam tak diam dah nak sampai penghujung Ramadan, ada yg tak sabar2 dan berdebar  menantikan malam Lailatul Qadar disamping sibuk menyiapkan rumah , kuih raya, bersiap2 utk balik ke kg dan sebagainya. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan , insyaAllah. Semalam tahap keinginan utk buat kuih Kole kacang ni semakin meninggi , apa taknya dok tengok tayangan dari Ika  , pastu dr  Alongroz  pulak...adusss nampak sedap sungguh . So,semalam akak pon mencuba buat kali pertamanya dlm hidup akak...selama ni dok makan yg org len buat @ beli jer... Akak cuba resepi yg Ika buat tu dulu ,nnt bila2 nak try yg Alongroz pula.. Tq ye Ika dan Che'Iza...mmg sedap ,tak manis sangat ,texturenya lembut dan rasa kacangnya "melompat-lompat" didalam mulut..ha tuuudiaaaa. Ni dia resepi yg akak copy dr blog Ika (izinkan akak ye Ika) : Kuih Kole Kacang Resepi Asal : Che'Iza MyR Sumber :  Ika Bahan-bahan ( 7-8 orang ) ** 1 cwn santan pekat 1 ...

Roti Jala

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sihat ke semua? Akak kat sini alhamdulillah sihat wal'afiat dan yang paling best mak akak kat kg pon sihat. Semalam akak balik jumpa mak dan berbuka di kampung.  Sebelum tu sempat akak buat roti jala bersama kari ayam dan kentang  untuk dibawa balik. Sebenarnya akak nak ucapkan terima kasih kat tuan punya resepi ni   herdawatyMyR  sebab mmg dah banyak kali buat dan menjadi. Kelebihan roti jala yg ni ialah ianya kekal lembut walaupon dah sejuk . Sesuai untuk kenduri @ rumah terbuka ke.... Sedap dimakan dengan kari ayam /kuah durian . Jom kita semak resepinye... Roti Jala  Sumber : herdawaty abuothman MyResepi Bahan-bahan  3 cawan tepung gandum 2 1/2 camb minyak masak 1 camt garam sedikit pewarna kuning(akak gantikan dgn sedikit serbuk kunyit) 1 biji telur( akak tak letak pon ) 3 cawan air/santan/ susu segar (akak letak air biasa) Cara-caranya Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh ja...