Postingan

Menampilkan postingan dari Januari, 2013

Pai Pic Berkeju

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pai ni akak buat utk minum petang semalam. Simple tapi sedap . Dihidangkan bersama susu @ teh O panas. Bahan2 pon senang didapati di pasaraya. Resepi ni adalah resepi Chef Noraini dan ada sikit penambahan dr akak . Terima kasih ya Chef. Jom kita tengok resepinya.   Pai Pic Berkeju Resepi Asal : Chef Noraini Bahan2 450gm tepung gandum 250gm mentega 1 biji telur gred B 2 sd besar air 2sd besar gula 1/2 sd teh garam halus Filing Keju 300gm cream cheese-knita letak 250gm +1/4 cawan whipping cream 2 biji telur gred A 80 gm gula kastor-knita letak 30gm gula + 2 sd besar susu pekat manis 1 sd besar parutan kulit oren 2sd besar jus oren 2sd besar tepung jagung 200gm buah pic dalam tin Cara2 nya Satukan mentega ,gula dan garam.Putar hingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lg hingga sebati. Masukkan tepung gandum yg telah diayak. Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh. Canai dan letakkan dalam acuan pai. Cucukan permukaannya dgn garpu utk mengel...

Laksa @ Asam Laksa

Gambar
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Laksa @ Asam Laksa  mmg menjadi kegemaran kebanyakan org utara ni. Contoh macam akak ni ,kalu sebut jer laksa terus teringin. Akak mmg selalu buat kalu ada masa sebab nak buatnya senang jer.Rasa ikan ,masam,manis dan pedasnya mmg membuka selera. Kalu nak cuba sila semak resepi simple kat bawah ni ya... Laksa Sumber: Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan2 Kuah. 1/2 kg ikan sardin/selayang/kembong fresh -kalu suka bole juga guna mackeral dlm tin 15 biji cili kering ( dipotong2 dan direbus) 2 biji bwg besar sejemput ikan bilis (lebih kurang 2 sd makan) belacan sebesar ibu jari asam keping/asam jawa( akak mmg suka asam lebih) daun kesum 1 kuntum bunga kantan garam gula perasa (jika suka) Air dalam 2 liter (ikut kepekatan yg dikehendaki) Bahan2 lain Laksa -direndam dan direbus Hiasa n -diracik halus Daun Selom/Salad Timun Bawang Besar Nenas Cili Padi Limau kasturi masa buat ni buah nenas tak dak...kalu ada lg best. Cara2 Ikan dibersihkan dan dire...

Mac & Cheese

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Salam Sabtu buat semua...diharap semuanya sihat sejahtera . Dah selesai sedikit sebanyak kerja2 pendaftaran sekolah , asrama , transit ,kelas mengaji & fardu ain ,bills dan mcm2 lg lah kan.....Rafiq (anak akak yg bongsu -insyaAllah) dah selamat menduduki darjah satu ...Nampak macam ok dan dah boleh sesuaikan diri dgn persekitaran baru~ kelas dan jadual harian baru yg mana dia kena bangun awal ke transit dan tengahari kesekolah dgn van .Harap2 semangat kesekolah tu akan berterusan hingga ke menara gading., insyaAllah. Rafiq hari kedua di sekolah. Antara yg paling kecil disekolah. Hari cuti ni lah anak ibu nih request nak makan itu dan ini...Pagi2 tadi makan sandwich. Tengah hari makan nasi . Petang pula minta akak buatkan lain dr yg lain sikit konon .... Teringat pula dah lama tak buat Macaroni & Cheese ni. Barang2 ni mmg dah beli tapi tak dan nak buat. hari ni akak buatlah ikut citarasa akak gitu....Anak2 mmg suka Mac & Cheese version ...