Postingan

Menampilkan postingan dari Oktober, 2012

Sate Ayam

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Jumaat buat semua...ni lah entry terpendam dan terperam sebab tak sempat nak update . Sate ni buat  masa  baru2 beli grill set aritu . Testing la konon...hehehe . Ok sangat ...sama macam bakar dgn arang . Yang berbezanya, ia  tak berasap dan boleh bakar kat dalam rumah . Sekali sekala kalu ada masa tu apa salahnya buat sendiri kannn...? Puas makan sbb boleh perap awal2  dan terasa rempah2 nya . Kuahnya pon boleh buat ikut selera sendiri. Resepi ni akak dapat dr  Iresepi  ~ Satay Ayam Samuri . Jom kita semak resepi nya... Sate Ayam Sumber : Iresepi Dikongsi : Kaknita~jomknitamasak.blogspot.com 1 ekor ayam 2kg  (dibersihkan ,diambil isinya dan dipotong ) 5 Batang serai (diblendkan hingga halus) ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus) 200 gram halia (diblendkan hingga halus) 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus) 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus) 30 gram jintan putih (diblendkan ...

Masak Lemak Cili Padi Pegaga & Lobak Merah

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Sihat ke semua? Sekejap je masa berjalan . Dua hari cuti pon tak terasa . Semalam akak ada balik  kg, geram sangat tengok pucuk ulam-ulaman mak yg segar bugar tu..Antaranya daun pegaga, kacang kelisa@kacang botol , daun kesum dan cabai besar. Apa lg terus teringat nak buat itu dan ni...tapi sbb banyak sangat aktiviti ,akak sempat buat masak lemak cili padi pegaga bersama lobak merah ni shj .Makan bersama nasi panas, sambal belacan ,ulam kacang kelisa yg rrrrapuhhhh dan ikan kembung segarrr digoreng .Simple kann...bila buat macam ni anak2 yg kecik2 tu pon suka .Kalu tak jgn harap la nak makan ulam-ulaman ni. Resepi nya sama ja dgn masak lemak cili padi yg selalu kita buat tu ...akak amik kat  sini Sumber : Majalah Rasa Waktu memasak : 10 minit Saiz hidangan untuk : 2 orang BAHAN-BAHAN: 1 ikat pucuk pegaga ~ dibersihkan dan dibuang akarnya( kaknita potong sikit daunnya) 1/2 batang lobak merah diparut memanjang - kak nita tambah 5gm ikan...

Mini Chicken Quiche

Gambar
 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Quiche ni akak buat semalam.Anak-anak akak mmg suka makan makanan yg simple cam ni .Puff pastri tu pon mmg dah lama kat peti ais.Mmg sesuai untuk "korbankan". Intinya pon senang ~ gunakan apa je yg ada kat peti ais . Walaupon dapat berbelas-belas  biji tapi jgn risau sekejap jer habis... Resepi ni akak dapat dr Alongroz  lagi. Mini Chicken Quiche Sumber : AlongRoz@HomeKreation Adapted from: KKIda@1001Resipi Along ubahsuai sedikit bahan2 & cara2 nya Bilangan: 15 biji (2¼" diameter) quiches BAHAN2: Doh pastri (Kak Nita guna Puff Pastri (KAWAN),Along guna frozen Kawanku Roti Canai, KKIda pula guna kepingan roti biasa) 3 bj Telur ¼ cwn Susu Cair 3 keping Cheese* (resipi asal guna 1/3c grated cheese) 3 btg Sosej Ayam*(kak nita guna isi ayam yg didadu kecil) 1 bj Tomato *  (* cincang) 2 /3 biji kentang & bawang besar yg didadu kecil dan digoreng terlebih dahulu-kak nita tambah 1 bj Cili Merah/Hijau Garam & Lada Hitam CARA2:...

Puding Kastad Jagung Berkuah

Gambar
 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom memuding ! Akak ni mmg suka puding...tak kira lah puding apapon janji kurang manis sikit, mmg akak telan habisss gitu...hehehe. Senangkan ..tak yah nak kunyah lama -lama..apatah lg berkuah,sejuk dan nyaman pulak tuh.... subhanallah mmg nikmat sekali!. Puding Kastard Jagung ni mmg tak menyusahkan langsung dan bahan2 nya pon senang jer...Akak dapat resepi ni dari  Kak Zai . Tq Kak Zai walaupun sibuk dgn business keknya ,sempat lg share resepi yg best2. Puding Kastad Jagung Berkuah Sumber : Kak Zai ~Teratak Impian Bahan2 Untuk Kastard  1 cawan tpg kastard 2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air  3 sudu besar gula 1/2 tin jagung kremer dalam tin  Cara cara Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan Bahan2 Un...