Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2012

Kek Coklat 3 -Moist

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sebenarnya ini adalah N3 tertunggak . Akak buat kek ni sebelum cuti sekolah lg. Masa tu Balqis minta akak buatkan utk sambutan hari kanak2 kat sekolah dia. Dia yg request nak letak bintang yg colourful tu  dan dipotong siap2 ,nnt senang nak makan katanya.  Kek coklat ni mmg moisttt! Akak dapat resepi  dr blog  fnf . Kalu nak cuba boleh semak resepi ni. Kek Coklat 3 Sumber : Blog FnF  dan Azie's Kitchen Dikongsi Oleh : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan2 2 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir 3/4 cawan serbuk koko Hershey's~kak nita letak serbuk koko van houten 2 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder 2 biji telur saiz A 1 sk garam 1 cawan buttermilk (r esepi kat bawah) 1 cawan minyak sayuran/jagung 1 1/2 sk esen vanila 1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe) Cara2 Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking). Lenser loyang 10 inci aau lapik loyang kek d...

Kacang Rangup

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat .Akak pasti ramai yg tak melepaskan peluang berpuasa pada  semalam dan hari ni ya (9 dan 10 Muharam 1434). Kalu kat kg dulu ramai yg berpakat masak bubur Asyura bersama-sama. Masak dalam kawah pula tu...Sekarang pon masih ada komuniti yg masih berpakat dan jadikan itu sbg aktiviti tahunan ...baguskan..kalu nak buat sorang2 tu tak best la pulakkk...Bagi mengenangkan sejarah bubur Asyura ni dalam peristiwa Nabi Nuh a.s sila klik di sini .  Ok ....hari ni akak nak share resepi kacang yg akak belajar dr keluarga mertua. Kacang ni rangup dan caranya pon simple jer!. kalu makan sambil tengok tv , sekilo pon sekejap ja licin. Jangan risau ,walaupon ianya kaya dengan  lemak tetapi ia mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, t...

Chicken Nugget ~ sendiri bikin

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Nugget ayam adalah makanan segera yg sentiasa menjadi pilihan anak2 akak. Senang didapati  dimana2 pasaraya , restoran makanan segera mahupun kedai runcit tapi kalu ada bahan dan masa ,apa salahnya kalu dibuat sendiri . Lebih fresh dan boleh ikut citarasa sendiri. Masa mula2 nampak resepi ni kat blog  cikmanggis  terus rasa tergoda. Alhamdulillah, hari ni mmg ada rezeki untuk buat dan rasa nugget nih...Mmg boleh sangatlah! Rangup diluar dan juicy didalamnya . Terima kasih ya cikmanggis . Izinkan kak nita share resepi ni ya....                                            macam ni rupa  didalamnya.... Chicken Nugget / Nugget Ayam Resepi Asal :  makcikmanggis.blogspot.com Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahannya: A 350 gm isi ayam -cincang. 1 biji telur. 1/3 cawan serbuk roti ~ kak nita guna serbuk roti p...

Mandi-manda di Taman Rimba

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera , Baru -baru ni kami sekeluarga bersama 2 org lg anak saudara  pergi berkelah dan mandi2 kat air terjun Taman Rimba ,Penang. Taman Rimba ni terletak di Teluk Bahang , Penang, lebih kurang 11/2 jam perjalan an dr kediaman kami . Alhamdulillah cuaca pon baik pada hari tu, dapatlah bebudak tu mandi lama2 sikit .  Sesampai saja kami disana ,kami terus je makan sbb semuanya dah lapar . Kak nita hanya masak nasi putih &  lauk biasa jer hari tu. Tapi biasa la kalu dah berkelah semuanya sedap.   makan2  bekalan yg dibawa sebelum terjun berenang.. kemain lagi Balqis dan Rafiq...sejukkk tapi seronokkk! Aitttt...kat sungai pon ada "duyung" ???  Haris - dibawah terjunan air... Salah satu lauk biasa & simple utk berkelah hari tu  : Sambal Tumis Masam Manis Ikan  Resepi : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot .com Bahannya  10 ekor ikan kembung /ikan selayang/apa2 jenis ikan Bahan2 (Kisar)  Semangkuk kecil cili ke...

Asam Pedas Melaka ~ Ikan Tenggiri

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera , Selamat bercuti kepada anak2 dan cikgu2 ya....seronok sungguh dok umah bila semuanya ada . Biarpon suasana tu bising tapi meriah . Buat masa ni kami tak plan utk ke mana2 lg . Dok umah rehat2 ja...basuh kain baju yg dibawa balik dr asrama, masak2 dan makan...hahaha .Kerja2 tu semua mmg tak pernah habisss. Lunch tadi akak masak Asam Pedas Melaka~ Ikan Tenggiri, segar dr Pasar Malam. Semalam kononnya nak cari durian nak buat Durian Crepe,at last durian tak dak - terjumpa pula ikan tenggiri yg segar tu. Frust bebudak tu dok request nak makan crepe tapi tak dapat lg. Ptg nnt kalu  ada rezeki dapat la durian tu.   Apa2pon  Asam Pedas Melaka resepi dr  junjs11  mmg kena dgn selera kami sekeluarga. Kalu nak cuba boleh semak  resepi ni : Asam Pedas Melaka ~Ikan Tenggiri Sumber : MyResepi -junjs11 Dikongsi Oleh : Kaknita-jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan ( 1 family... ) 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh) Bahan ki...

Kek Pisang 2

Gambar
Assalamualaikum & salam sejahtera, Alhamdulillah dapat postkan lg satu N3 hari ni setelah sekian lama blog terkoma dan bersawang. Terima kasih bebanyak kepada rakan blogger dan pengunjung2 yg sudi juga singgah walaupon blog  tak berupdate. Maaf ya,bukannya sengaja tapi biasalah hujung tahun ni PC akak mulalah buat hal tapi sekarang semuanya dah kembali seperti sediakala. Kek Pisang ni akak buat aritu masa PC ni tengah rosaklah .Resepi ni akak dapat dari buku resepi Chef Anuar 2. Terima Kasih Chef ! Resepi2nya mmg hebat dan segala tipsnya mmg berguna. Ini  adalah salah satu resepinya yg telah akak cuba. Kek pisang ni mmg gebu dan tak jemu dimakan.  Kek Pisang 2 Resepi Asal : Chef Anuar Dikongsi Oleh : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan: 200 gm gula kastor ( akak letak 150gm shj) 4 biji telor gred B  45 ml susu segar 250 gm tepung gandum 1/2 camca teh garam 3 gm soda bikabonat 15 gm ovalette 2.5 gm serbuk penaik 170 gm pisang masak 1/4 camca teh e...