Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2015

Bihun Goreng Simple

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bihun goreng campak2 ni akak buat semalam . Main campak jer apa2 yang ada . Bila buat seniri ni kita boleh letak ikut kesesuaian selera kita dan anak2 sekali.Bukan shj sesuai utk sarapan  tapi utk bila2 masa ja . Akak pasti ramai yg dah tau cara nak goreng bihun ni . Saja letak kat sini utk rujukan anak2 akak nnt. Sesapa yg berminat sila rujuk resepi kat bawah ni ya: Bahan2 : 1 bungkus bihun ( direndam hingga lembut) 2-3 sudu besar cili kisar 2 biji bawang besar ( 1 biji dikisar & 1 biji dimayang) 2 ulas bawang putih ( dikisar) Udang /sotong /ayam secukupnya kucai , taugeh / apa2 sayur kegemaran 1 ketul kiub ayam garam gula sos cili kicap Cara2nya Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi & kekuningan  Masukkan cili kisar , masukkan sedikit air - biarkan sehingga pecah minyak. Perisakan dgn kiub ayam , garam ,kicap ,sos cili dan gula secukupnya. Masukkan sotong / ayam / udang , sos cli dan kicap secukupnya . kacau sebat...

Semperit

Gambar
Assalamaulaikum dan salam sejahtera , Alhamdulillah dapat bertemu disini lagikannn..al-maklumlah masa tak mengizinkan .Ok kali ni akak baru nak publish entry yg dah lama terpendam. Biskut Semperit ni mmg klasik .Selalu gak buat bila teringin nak makan . Senang sgt dan tak perlu tunggu raya pon boleh makan. Resepi ni akak rujuk    dari  myresipi.com . Terima kasih ya Nzeila.Bagi penggemar semperit tu , boleh la cuba resepi ni ya.. Resepi : myresipi.com Dikongsi Oleh : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan2 300g butter 160g gula aising 100g tepung jagung 160g tepung kastard 240g tepung gandum 2 biji kuning telur Cara-cara Pukul butter, gula aising hingga kembang. Masukkan kuning telur, kacau sebati. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali. Bakar 150C selama 20 minit.

BEREKSPERIMEN DENGAN PERIUK NOXXA; AYAM MASAK KAPITAN (NYONYA CHICKEN CURRY)

Gambar
Assalamualaikum. Jom bereksperimen dengan periuk NOXXA lagi. Resepi yang menjadi pilihan untuk eksperimen kali ini ialah Ayam Masak Kapitan atau dalam Bahasa Inggerisnya Nyonya Chicken Curry. Kenapa tidak di translate Kari Ayam Nyonya saja ye? Kak Noor pun sedikit confuse dengan terjemahan ini. Apapun Kak Noor perolehi resepi ini daripada blog Mamak Haji Roslan, chef yang serba boleh; masakan 1 Malaysia.  Tak nak sembang panjang-panjang. Kita terus ke resepi dan penyediaannya ye. Cara penyediaannya Kak Noor olah kembali mengikut kesesuaian penggunaan periuk NOXXA. Walau bagaimanapun untuk masakan manual, rakan-rakan boleh rujuk kepada resepi asal di blog Mamak Haji Roslan. Sumber Resepi Asal: Mamak Haji Roslan Dioleh oleh: Sajian Dapur Bonda Bahan-bahannya: 1 kg. isi ayam organik 200 ml santan pekat 300 ml air 5-6 sudu besar minyak masak. 2 - 3 helai daun limau purut - dibuang urat tengah. 1 biji limau nipis diperah jus. Gula dan garam secukup rasa Penyediaan Pes Tumisan : 3 b...

SAMBAL TAUHU PEDAS MANIS, AMAT MUDAH MENYEDIAKANNYA.

Gambar
Assalamualaikum. Bahan-bahannya: 5 ketul tauhu - dipotong dua (potongan segitiga) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar gula perang Sedikit air (sekiranya perlu) Minyak secukupnya untuk menumis Gula putih secukup rasa (tambahan kepada gula perang) Garam secukup rasa Bahan-bahan dikisar: 2 senduk nasi cili kering kisar 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Cara-cara memasak: 1.  Tauhu dibasuh dan digoreng sehingga kekuningan.  Ketepikan. 2.  Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.  Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak.  Gunakan api kecil. 3.  Masukkan sos tiram dan sos cili thai, gula perang, gula putih dan garam.  Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.  Masak sehingga kuah mendidih. 4.  Setelah cukup rasanya, masukkan tauhu goreng tadi dan kacau rata.  Biar ia mereneh di atas dapur sekejap, kemudian bolehlah ditutup api.

SET MENU TENGAH HARI: ASAM PEDAS TUMIS IKAN SELAR CAMPUR NANAS DAN SAMBAL TUMIS TAUHU

Gambar
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Masih berfikir hendak masak apa untuk tengah hari ini?  Apa kata masak asam pedas tumis campur nanas?  Ikan pula boleh guna apa aje ikan ikut citarasa masing-masing. Untuk resepi ini Kak Noor guna ikan selar kuning kerana ikan ini sahaja yang ada di dalam peti ais.  Tapi kalau diberi pilihan, Kak Noor lebih suka guna ikan pari untuk masakan asam pedas ini, sebab tak ada tulang, senang makan.  He...he.. sebenarnya ikan-ikan lain tu Kak Noor tak makan sejak kecil lagi.  Ikan pari ini ok. Kalau masak asam pedas, tiga bahan ini wajib ada iaitu daun kesum, bunga kantan, dan juga serai. Bahan-bahan inilah yang menaikkan aroma asam pedas ini.  Kak Noor gandingkan asam pedas ini dengan sambal tumis tauhu.  Sambal tumis tauhu ini faveret anak-anak. Sambalnya dimasak pedas-pedas manis.   Bahan-bahannya: 6 ekor ikan selar kuning saiz sederhana ½ biji nanas 1/2 camca besar pes asam jawa 1 ikat daun kesum 1 batang bunga kantan...

DAGING MASAK ITAM NASI KANDAR MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA.

Gambar
Assalamualaikum. N3 periuk NOXXA kali ini, Kak Noor nak kongsi cara-cara memasak Daging Masak Itam Nasi Kandar dengan menggunakan periuk Noxxa.  Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk daging empuk.  Cepatkan! Resepinya pula Kak Noor rujuk blog Mamak Haji Roslan . Apabila teringin nak makan masakan ala nasi kandar, blog inilah yang selalu menjadi rujukan Kak Noor.  Masakan kandarnya asli dan biasanya cubaan pertama memasak tidak menghampakan. Adalah menjadi perkara biasa,  bahan-bahan untuk masakan ala nasi kandar memang banyak dan memerlukan masa untuk penyediaannya. Tetapi pada penghujungnya kita pasti akan mendapat kesempurnaannya. Apa yang Kak Noor suka mengenai periuk NOXXA ini ialah daging cepat empuk.  So tak payah tunggu lama.  Sementara menunggu daging empuk, kita boleh melakukan tugas lain. Resepi ini Kak Noor olah penyediaannya bersesuian dengan cara memasaknya dengan menggunakan periuk NOXXA. Bagi  sesiapa yang tidak mempunyai periuk NOX...

PENYEDIAAN CILI KISAR UNTUK MASAKAN

Assalamualaikum. Rasanya tip dan info ini amat berguna untuk dikongsi bersama. Mungkin ramai rakan yang telah sedia tahu mengenai cara-cara penyediaan cili kisar dan telahpun mempraktikkannya. Tetapi bagi rakan-rakan yang belum tahu, Kak Noor kongsikan di sini untuk rujukan.  Tip ini diambil daripada blog Mamak Haji Roslan.   Penyediaan Cili Kisar Untuk Masakan: 1. Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili saiz kecil dengan gunting mengikut 45 darjah. 2.  Rebuskan sehingga cili lembut.  Kebiasaannya biji-biji cili akan gugur. Bersihkan rebusan dengan penapis.  3.  Kisar cili mestilah 1 bahagian cili di balang pengisar dan 1 bahagian air. Jangan sendatkan balang pengisar. Gunakan hanya 3/4 bahagian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.  4. Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar.  5. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar; kebiasaan...

Ayam Masak Ros Mamak Penang, menu keluarga di hujung minggu.

Gambar
Ayam Masak Ros Mamak Penang Rujukan:  Perniagaan Katering dan Restoren (Mamak Haji Roslan) Menu di hujung minggu, santai bersama keluarga. Sesekali masuk ke dapur menyediakan juadah yang special dari hari-hari biasa untuk famili. Walaupun banyak persediaan untuk menyediakan menu ini, tetapi hasilnya memang marvelous. Puas hati sangat bila tengok anak-anak dan Encik Hasben begitu berselera menikmati hidangan ini. Sesekali rajin di dapur...selalunya masak ala kadar saja. Rasa macam masakan lauk nasi kandar di restoran mamak. Patutlah lauk pauk di restoran mamak mahal harganya, bahan-bahan yang digunakan pun boleh tahan juga banyaknya. Ayam Masak Ros Mamak sedap dimakan bersama nasi tomato. Nasi tomato ini dimasak menggunakan periuk tekanan tinggi NOXXA. Hanya mengambil masa 6 minit, masak menggunakan fungsi high pressure, nasi telah masak dan sedia untuk dihidangkan. Resepi nasi tomato menggunakan periuk Noxxa boleh dirujuk di SINI . Diganding pula dengan sayur kacang buncis goren...

Dari Penang ke Hat Yai , Thailand.

Gambar
Assalamualaikum  dan salam sejahtera,         pemandangan dari jendela bilik hotel   Perjalanan yg telah lama dirancang ni akhirnya berjaya~alhamdulillah. Urusan border pass & passport telah siap beberapa minggu lalu . Kak nita dan Irfan  ni kan anak kelahiran Kedah maka layaklah masuk ke Thailand dgn border pass shj . Utk anak2 yg dibawah 12thn boleh share satu border pass dgn ibu walaupun dilahirkan di negeri lain. So utk en suami dan Luqman , depa guna Passport. Kos utk border pass sepuluh ringgit sahaja utk setahun. Diawal perancangan,kami dan 2 keluarga jiran akan menyertai konvoi ke Hat Yai ni tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan , 1 keluarga terpaksa batalkan hasrat mereka . Kami bertolak pada 31.01.15 seawal 6.30am dari Bukit Mertajam setelah tangki minyak diisi penuh. Kami berhenti breakfast di Changlun dan selesaikan urusan insuran kereta  di Bukit Kayu Hitam . Insuran kereta ni wajib diambil dr mana2 agent sebelum melepasi border...