Specially for Samperit's Lovers, Samperit Bonda menggamit nostalgia
Assalamualaikum... Wow! Specially for Samperit's Lovers. Siapa suka biskut ini? Biskut klasik dan nostalgia dan tak pernah dilupakan. Kebiasaannya semasa Hari Raya sahaja dapat makan biskut ini. Tetapi kini, Kak Noor membuatnya sepanjang tahun sebab ada juga customer yang mengidam dan teringin nak makan biskut ini. Samperit klasik bewarna merah So N3 kali ini nak kongsi `secret receipe' yang Kak Noor gunakan untuk jualan biskut ini. Pemurahlah pula kan... Tak pe Kak Noor kira sedekah aje. Sesiapa yang nak buat untuk makan atau jualan Kak Noor halalkan dunia dan akhirat. Samperik klasik dengan hiasan coklat cip pink Samperit dah sebati dengan jiwa. Sejak remaja lagi Kak Noor telah membantu bonda untuk membuat samperit ini untuk jualan pada setiap hari raya. Acuan yang digunakan ialah acuan sawa. Memang kalau tak pandai menekan dohnya, bunga yang dihasilkan akan penyet dan kembang. Perlu ada skil untuk menggunakannya. Samperit Coklat dengan hiasa...