Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2016

Kek Red Velvet Versi Bakar; cheese leleh atau plain, kedua-duanya citarasa famili

Gambar
Assalammualaikum. Suatu ketika dahulu fenomena Kek Red Velvet menjadi viral di sana sini. Semua teruja untuk membuatnya, mungkin disebabkan teruja dengan warna red velvetnya dan gambar-gambar yang menggamit selera.  Gambar Hasil Google, memang teruja melihat hasilnya Bagi tahap sifu tu, sudah tentu dah cukup mahir untuk membuat kek ini. Tetapi bagi yang tidak pernah langsung membuat kek, dan mungkin baru berjinak-jinak belajar nak buat kek ini, sudah tentu memerlukan satu resepi yang mudah untuk diikuti dan langkah-langkah untuk penyediaannya. Kek Red Velvet Versi Bakar Bagi yang baru nak berjinak-jinak membuat kek seperti Kak Noor sendiri, disyorkan rujuk resepi yang diposkan oleh Sifu Azlina Ina dalam page FBnya Azlina Ina Fans . Terdapat pelbagai resepi kek; dari resepi kek yang simple hinggalah yang agak heavy, semuanya memang menggamit selera. Bukan hanya sekadar gambar kek yang mengancam selera diposkan, tetapi juga dimuatkan sekali dengan tutorial bergambar untuk membuat k...

EGGLESS RICH FRUIT CAKE (VERSI BAKAR)

Gambar
Assalammualaikum.   Alhamdulillah sempurna kejadian kek buah tanpa telur ini walaupun percubaan kali pertama. Dah lama teringin nak makan kek buah hasil air tangan sendiri, tapi pada setiap kali nak buat, rasa macam tak ada mood pula. Kalau nak dibeli di kedai, sudah tentu semua kek ada telur. Disebabkan faktor kesihatan, buat sementara waktu ini perlu pantang masakan yang ada telur.  Puaslah juga google cari resepi kek buah tanpa telur. So menyinggahlah di dapur beberapa blogger yang memuatkan resepi kek buah tanpa telur. Tertarik dengan gambar kek buah yang dimuatnaikkan dalam blog `Dapurku Sayang’; membangkitkan selera dan cara membuatnya pun mudah. Terima kasih kepada empunya resepi. Yang paling mudah, tak perlu guna mixer (kalau guna mixer, banyak pula kerja nak membasuhnya selepas digunakan). Kek buah ini faveret Encik Hasben juga. Bolehlah dibuat kudap-kudapan nanti.  Resepi kek buah ini Kak Noor edit kembali mengikut ketersediaan bahan-bahan yang ada di r...