Sotong Kangkung
Assalamualaikum,
Bersempena dgn sambutan hari bapa semalam, kak nita ada buat menu peberet abg zan (en suami) iaitu Sotong Kangkung. Senangkan ...xyah nak buat kek bagai sbb dia xsuka sgt kek2 ni..
Lgpon bulan2 posa ni bukannya nak mkn banyak2 sgt . Cukup ala2 kadar jer..
Kuah yg sedap dan bahan2 segar sgt penting dlm penyediaan Sotong Kangkung ni .
Resepi kuah ni adalah rekaan dan ikut selera kak nita ja.. Kalu nak cuba bole la tengok resepi kat bawah ni ya..
Al-fatihah juga buat arwah ayah kaknita yg telah hampir 24 thn pulang kerahmatullah ..
Semoga rohnya dicucuri rahmat .
Arwah ayah sgt gemarkan manisan puteri mandi tambah2 lg dibulan ramadan .
Inshaa allah ada kesempatan nnt kaknita akan kongsikan resepi ni pulak ok..
Sotong Kangkung
Resepi Asal : kaknita~ jomknitamasak.blogspot.com
Bahan A
1/2 ekor sotong kembang (dicuci bersih )
1 ikat kangkung
3 keping fishcake (dipotong)
Air secukupnya
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bahan B (Kuahnya)
*7 tangkai cili kering (kalu suka pedas boleh lebihkan))
*1/2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 sudu besar belacan
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan kicap Mudim (kaknita xletak garam)
1/2 cwn sos cili
3 sudu besar sos tomato ( atau sedikit air asam jawa-mana2 satu ye)
Kacang tanah dan bijan yg disangai secukupnya
Cara menyediakan :
1. Kacang tanah disangai dan ditumbuk separuh hancur.
2. Blend bahan B bertanda * sehingga halus
3. Cairkan gula melaka dgn 2cwn air mendidih
4. Masukkan bahan kisar biarkan mendidih lama sedikit , pastu masukkan sos cili,sos tomato,kicap secukup rasa
5. Kacau sampai rata dan biarkan mendidih sehingga pekat.
Celurkan Bahan A :
1. Masukkan air dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan sedikit garam dan minyak, celurkan kangkung sekejap dan toskan.
3. Celurkan fishcake sebentar dan toskan.
4. Celur/rebus pula sotong hingga masak dan toskan.
5. Potong2 semua . Tuangkan kuah keatsnya dan taburkan kacang dan bijan .
Bismillahirrahmanirrahin bole mkn..
Inshaa allah sedappp..
Sotong Kembang - seekor RM8.00 image pinjam dari goggle |
Komentar
Posting Komentar