Postingan

Sotong Kangkung

Gambar
Assalamualaikum, Bersempena dgn sambutan hari bapa semalam, kak nita ada buat menu peberet abg zan (en suami) iaitu Sotong Kangkung. Senangkan ...xyah nak buat kek bagai sbb dia xsuka sgt kek2 ni.. Lgpon bulan2 posa ni bukannya nak mkn banyak2 sgt . Cukup ala2 kadar jer.. Kuah yg sedap dan bahan2 segar sgt penting dlm penyediaan Sotong Kangkung ni . Resepi kuah ni adalah rekaan dan ikut selera kak nita ja.. Kalu nak cuba bole la tengok resepi kat bawah ni ya.. Al-fatihah juga buat arwah ayah kaknita yg telah hampir 24 thn pulang kerahmatullah .. Semoga rohnya dicucuri rahmat . Arwah ayah sgt gemarkan manisan puteri mandi tambah2 lg dibulan ramadan . Inshaa allah ada kesempatan nnt kaknita akan kongsikan resepi ni pulak ok.. Sotong Kangkung Resepi Asal : kaknita~ jomknitamasak.blogspot.com Bahan A 1/2 ekor sotong kembang (dicuci bersih ) 1 ikat kangkung 3 keping fishcake (dipotong) Air secukupnya Sedikit minyak Garam secukup rasa Bahan B (Kuahnya) *7 tangkai cili kering (kalu suka pedas...

Tauhu Semedang

Gambar
Assalamualaikum .... Anak-anak kaknita xberapa suka sangat tauhu kosong tp bila tauhu diubah rasa dan bentuk camni depa mau la sentuh . Macam jenis menu tauhu dah kaknita cuba ,ini adalah antara yg sedap . Resepi ni kaknita ambil dari fb Atie Jumaat . Kaknita dah share di fb dan disini ya Atie...tq . Jom kita semak resepinya Credit to Atie Jumaat 💞Bismillah TAUHU SEMEDANG ••••••••••••••••••• 💞Bahan-Bahan Tauhu 5 ketul Ayam kisar ramli 1/2 keping Daun sup agak2 - hiris Daun bawang agak2 - hiris Bawang besar 1/2 biji -cincang Bawang putih 3 biji - cincang Lada sulah- sikit je Serbuk lada hitam - sikit je Gula garam secukup rasa Telor 2 biji 💞Cara Menyediakan 1) Goreng tauhu sebiji2...biarkan sejuk dulu, pastu potong..keluarkan isi tahu...hancur2kan, kulit tauhu jgn terkoyak k... biarkan dulu. 2) Panaskan minyak sikit, tumis bawang putih, bawang besar sampai wangi, pastu masukkan ayam...goreng sampai masak..Akhir sekali masukkan gula garam, lada sulah, lada hitam, daun bawang/sup dan t...

Char Kueteow cara senang ...

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ... Salam Ramadan juga buat semua buat muslimin dan muslimat . Dah masuk hujung ramadan ni baru ada ruang sikit nak update ..almaklum lah ,macam2 aktiviti kena hadap .. Dlm kekalutan tu hanya masakan yg senang dan cepat saja yg sempat dimasak dan dihidangkan . Antaranya adalah char kueteow ni la... Tak perlu bersusah payah memikir bhn2 ,hanya masukkkan apa yg ada jer ...Sedap dan seluruh isi rumah sukaaa... Alhamdulillah ,Photo char kueteow ni juga akak telah membuatkan kaknita menang peraduan #Miuraimalaysia dlm fb Masak Apa Hari Ni(MAHN) ... Kalu nak try , jom semak resepi kat bawah ni ya: Char kueteow Resepi cara kaknita la ye... Selalunya buat size sepinggan-sepinggan mcm kat kedai tu  ..kalu buat banyak2 xjadi.. Ok utk sepinggan ye. Mulakan dgn bismillahirrahmanirrahim Sejemput kueteow Seulas bawang putih dicincang halus Satu sudu kecil paste cili ( kaknita masak dulu dgn gula , garam dan sedikit perasa) Udang segar Sebiji telur gred c...

Laksa Goreng

Gambar
Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu ya... Hari ni la baru rasa rehat sikit .... Tadi sebelum hantar anak ke asrama sempat la goreng laksa dan potato salad kegemaran dia. Sekali sekala mkn laksa goreng ni best jugak ,bg akak sedap dan tak menjemukan . kalu nak try bole semak resepi kat bawah ni ya.. Laksa Goreng 1/2 bungkus Laksa kering ( direndam hingga lembut dan direbus) 2 sudu mkn cili kisar 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 100 gm Daging lembu dihiris Sos cili Kicap Sos ikan Sedikit serbuk perencah hilal Garam dan gula secukup rasa cara2nya 1.Tumiskan bawang putih dan bwg besar sehingga wangi dan kekuningan. 2. Masukkan cili kisar kacau hingga pecah minyak.pastu masukkan daging 3.masukkan semua bhn perasa , sos. 4. Masukkan laksa 5 sediakan ruang ,masukkan sedikit minyak .pecahkan telur ..kacau2 hingga masak dan gaulkan dgn laksa td renjiskan kicap ..kalu nak letak sayur pon masa ni lah .. Siap !

KARI KETAM DENGAN NANAS, TUMIS DARAT - Versi Periuk Noxxa

Gambar
Assalammualaikum dan Selamat Santai di Hujung Minggu. Alhamdulillah dan selesai menikmati makan tengah hari. Hari ini Kak Noor masak menu yang dinantikan oleh Encik Hasben sejak semalam iaitu Kari Ketam Dengan Nanas, versi tumis darat. Semalam Encik Hasben beli ketam di Pasar Tani Setiawangsa. Bolehlah besar-besar juga ketamnya; enam ekor RM41. Biasalah harga ketam, mana ada yang murah. Tu lah tak boleh beli selalu. Isinya tak seberapa, berat pada kulitnya aje. Better beli ayam lagi. Tapi kalau tiap-tiap hari mengadap menu ayam, rasa jemu juga .  Kari ketam masih dalam di dalam periuk noxxa.  Senantiasa panas aje kuahnya.  Bila masak menu ketam ini, rasa kasihan pula kepada kedua-dua anak Kak Noor. Kita bila mendengar ibu nak masak ketam, mesti dah beria-ia dan tak sabar nak makan. Bukan selalu pun dapat menikmati hidangan ini.  Tapi lain pula feedback daripada dia orang ni; tak teruja langsung sebab mereka alergik dengan masakan ketam. Dah pernah mak...

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Gambar
Assalammualaikum. Finally, dapat juga makan bubur kacang hijau ni, walaupun siapnya dah malam. Buatnya taklah susah sangat, lebih-lebih lagi kalau ada periuk Noxxa, Penyediaannya lebih mudah dan cepat, 30 minit dah boleh dihidangkan. Mulanya plan nak hidangkan kepada tetamu bubur kacang hijau semasa majlis akad nikah anak Kak Noor hari Sabtu lalu. Masih banyak kacang hijau yang berbaki semasa buat bubur asyura tahun lalu.  Tetapi semasa membeli barangan untuk jamuan majlis akad nikah di pasar Keramat tempoh hari, ternampak pula pisang seakan-akan pisang tanduk yang digantung bersama pisang tanduk. Pasti rasanya sedap kalau dibuat serawa.  Penjualnya memberitahu ini bukan pisang tanduk, tetapi pisang Helang. Ia lebih kecil daripada pisang tanduk. Harganya lebih murah daripada pisang tanduk. Sekilo RM4 jika dibandingkan dengan pisang tanduk RM8 sekilo.  Pisang Helang atau Pisang Lang (Gambar hasil daripada google) Timbul pula idea nak masak serawa pisang campur sagu ...

Ayam Goreng Kunyit Kari Madu

Gambar
Assalammualaikum. Menu tengah hari tadi, menu yang simple, cepat dimasak sedap dimakan. Walaupun simple tetapi amat menyelerakan. Ada pula sambal belacan dan tuang sedikit kicap lemak manis Enaq di atas nasi panas. Dah jemu makan lauk berkuah, sesekali makan lauk sebegini adalah satu kepuasan. Laju aje tangan ini menyuap ke mulut dan kalau diikutkan selera memang boleh bertambah nasi. Sedap dimakan bersama Kicap Lemak Manis ENAQ Memang banyak resepi ayam goreng kunyit yang Kak Noor sempat google. Majoriti resepi yang dikongsikan ayam tidak digoreng terlebih dahulu; terus ditumis bawang dan kemudian dimasukkan ayam. Untuk resepi ini isi ayam digoreng terlebih dahulu dan diketepikan. Semasa menumis dimasukkan sedikit daun kari bagi membangkitkan aroma nasi kandar. Nama pun orang Penang, aroma nasi kandar dalam masakan telah menjadi satu kemestian. Sebelum diangkat, masukkan pula sedikit madu. Pasti menyelerakan. Bagi yang gemar sayur-sayuran, boleh tambah karot dan kacang panjang. ...