Kek Coklat 2
Assalamualaikum dan Salam sejahtera ...
Apa habaq semuaaa....?
Hari ni akak nak share resepi kek coklat lg...yg ni dah lama buat ..dah abisss pon.Bagi akak kek ni ada kesedapannya tersendiri , lembut dan gebu...Biasalah kalau Dayang Jack punya resepi mesti lembut dan gebuss gitu.
Sepertimana yg kita semua tahu, kek coklat ni banyak version. Akak dah cuba macam2 ...maklumlah hantu coklat la katakan....Coklat juga adalah satu makanan/minuman yg bagus dan dapat menghilangkan stress . Sebenarnya coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang mengeluarkan endorphins yang membuatkan kita rasa gembira dan menghilangkan rasa resah gelisah pada emosi kita. Pakar pemakanan pon mengesyorkan agar kita mengambil minuman coklat sebagai minuman sarapan . Ada org kata coklat ni menggemukkan ...tak jugak...sekiranya diambil secara tidak berlebihan ia tidak akan menggemukkan malah menyihatkan lg tubuh badan.
Oleh itu jgn la takuttt2 nak makan coklat ya !!!
Kot2 rasa nak cuba, ini resepi ya:
Kek Coklat 2
Sumber Asal : Dayang jack
Dikongsi oleh : Kak Nita ~jommasak.blogspot.com
Bahan-bahan : loyang kecil (gandakan bahan2 utk loyang besar)
100 g tepung naik sendiri
40 g serbuk koko (DJ guna koko hitam)
150 g gula pasir (dikisar halus)
3 biji telur A
50 g marjerin / mentega (dicairkan) - DJ guna marjerin
60 ml susu cair
1 sk esen vanilla
1 sk ovalette
Cara-cara :
- Ayak tepung bersama serbuk koko.
- Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan alaskan dgn baking paper. Sapukan lagi dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Satukan gula, telur, esen vanilla, ovalette dan susu cair di dalam mangkuk pengadun dan putar hingga gebu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan hingga sebati.
- Masukkan marjerin / mentega cair dan kacau perlahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit (bergantung pd suhu oven masing2).
- Setelah masak, keluarkan terus kek dari oven dan sejukkan sebelum dihiaskan dgn ganache / topping kesukaan.
*** ganache yg dyg buat ni adalah ganache simple dan ikut mana2 stok yg ada dlm simpanan shj spt marjerin, susu cair, serbuk koko, dan gula.
*** kek ni sgt sedap dimakan setelah disimpan semalaman. Tutup kemas kek ni dgn kertas foil atau simpan dlm bekas yg bertutup utk mengekalkan kelembapannya.
Komentar
Posting Komentar