Kek Velvet Pelangi Kukus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Minggu ni akak dah tiga kali buat kek , 2 kali buat coklat kek dan kali ke-3 yg ni la.....baru tadi akak buat ni..sebab esok nak gi jumpa anak sedara ...boleh bawa yg ni ...colourful , harap2 budak2 tu suka la...lg pon kek kukus ni lembut ,semua bahagian boleh makan. Resepi ni akak dapat dr blog DJ , Terima kasih DJ ...banyak dah resepi DJ yg akak cuba...semua menjadi...cuma yg ni pelangi tipu sbb ada 3 warna...bukan tujuh ampunnnn ya! stok color akak very limited + kureng rajin okkkk...hahaha...
Anyway kek ni dah siap dipotong dan di pek utk dibawa kesana, insyaAllah...
Kalu rasa nak buat tu , boleh refer kat sini ya...:
Kek Velvet Pelangi/Marble Kukus
Sumber : Dayang Jack
Dikongsi oleh : Kak Nita ~jomknitamasak.blogspot.com
5 biji telur A (dari peti ais)
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam
125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna :
coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
pes pandan / pandan emulco
pes bluberi + pewarna ungu
pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
perisa esen vanilla
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)
4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
6. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong
Akak buat loyang 9" -bulat
Komentar
Posting Komentar