Postingan

Menampilkan postingan dari Juli, 2012

Samosa

Gambar
 Assalamualikum  dan salam sejahtera.... Pejam~ celik,pejam ~celik dah masuk 12 Ramadan ye....alhamdulillah masih dikurniakan rezeki dan kesihatan  yang baik untuk meneruskan hari2 yang seterusnya. Dalam kesuntukan masa utk masak ni , mulalah dok cari idea utk masak yg simple tapi sedap dan menepati citarasa semua org dlm umah ni....bila disenaraikan , samosa ni lah yg senang dan cepat. Yg ni kena makan panas2 ,barulah rangup gitu... Akak buat cukup-cukup hari tu je..lebihan kulit popia tu boleh simpan ,nnt kalu nak makan boleh buat lg. Boleh guna utk buat popia, kuih suci dalam debu ke....hehehe. Inti dia boleh letak apa saja ikut selera masing2. Kalu yg akak buat ni cenggini resepinya  ye : Samosa Bahan2  Kulit popia Di potong dadu 3 biji kentang  (agak besar) Seketul Isi ayam  2 biji bawang besar Ditumbuk 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah  1 sd teh penuh jintan manis 1/2 sudu teh lada hitam -boleh letak lebih jika suka Air secukupnya Gula...

Kuih Lopes

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua... Hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa...sekejap ja kan..? Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yg baik untuk menempuh hari2 yg seterusnya insyaAllah.  Akak sebenarnya tak pernah lg buat Kuh Lopes sebelum ni  tapi semalam Balqis (tuan putri akak tuh...!) request nak makan kuih ni untuk berbuka. Sebelum ni akak ada pernah nampak kat blog  asyifa ,  mamafami  dan  Kak Yatie  ,bahan2 pon sikit dan senang ja nak buat. So, ni lah hasil percubaan pertama akak. Alhamdulillah , pulutnya masak dgn sempurna dan lembut. Balqis suka sangat la dgn bentuk love nih...siap bersahur lagi dgn kuih ni...hehehe... Jom kita tengok resepinya ... Kuih Lopes Rujukan : Blog Sinar Kehidupanku Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul ) 2 cawan beras pulut 2 cawan santan cair 1/2 cawan air pandan (dikisar) 1 st air kapur 1/2 st garam beberapa titik pewarna hijau kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam Bahan Utk Ai...

Caramel Cheese Pudding

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera ..... Adussss ...lama sungguh tak meng'update' blog ni . Bukan sengaja tapi keadaan tak mengizinkan . Kamera akak mogok . Sepanjang lima hari berpuasa ni akak mmg masak utk berbuka .Bukan apa, malas nak bersesak-sesak di bazar ramadan . Walaupon kesuntukan masa akak cuba sediakan masakan yg simple yg menjadi kegemaran anak2 . Kalu nak buat kuih / puding ke, akak buat lepas bersahur. Almaklumlah waktu kerja akak  macam biasa ja 530ptg baru habis,  sampai rumah pukul 630ptg. Satu jam akak spend utk sediakan hidangan setiap hari . Setiap kali siap hidangan tu, akak cuba amik gambar guna camera handphone tapi hasilnya agak mengecewakan . InsyaAlIah dalam dua tiga hari lg kamera tu akan ok balik . Anyway ,terima kasih pada pengunjung yg sudi singgah walaupun tak dak apa2 yg terkini.  Ok lah..N3 kali ni adalah Caramel Cheese Pudding ( ni pon gambar lama yg dalam simpanan) yg sangat nyaman dan menenangkan tekak, mmg sesuai untuk berbuka. Gabun...

Salam Ramadan 1433 Hijrah

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..... Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah ....Ramadan datang lagi . Syukurlah , kita masih berpeluang lagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga.  Namun  ada juga  yg berasa sayu bila menjelangnya Ramadan disebabkan kehilangan org yg disayangi , berjauhan dgn keluarga dan sebagainya .Hadapilah dgn tenang dan tabah . Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.  Antara perkara2 positive yang berlaku disekeliling kita disekitar bulan Ramadan ialah: 1) dapat berkumpul beramai2 untuk berterawikh 2) org yg kaya membantu yg miskin melalui zakat dan sedekah 3) bertukar2 juadah sesama jiran tetangga 4) yg tak penah masak jd rajin masak 5) yg rajin masak bertambah rajin masak 6) sekecik pon dah bersemangat berpuasa walaupon bermula dgn separuh hari. 7) yg tak pernah bangun awal , boleh pulak bangun awal. 8) tak kurang juga yang dapat menambah pendapatan melalui perniagaan dibazar ramadan dan macam2 lg lah. Moga-moga ...

Asam Pedas Ikan Pari

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera , Hari Sabtu lepas , akak dan suami ke Pasar berdekatan rumah akak ni. Sebelum pi tu akak tak dak plan lg nak masak apa . Masa dok jalan2 kat Pasar tu akak asyik  nampak bunga kantan jer, semuanya fresh...kali ketiga akak nampak , akak terus ambil . Pastu penjual tu tanya ..." kak..daun kesum tak mau ka? Buat asam pedas .." .Pastu akak pon terpikir betui jugak no...dah lama tak buat asam pedas. Lantas akak pon jawab " Ok lah ".(sambil berkata dlm hati -baguih jugak org ni-siap bg idea kat aku lg..hehehe). Lepas tu akak pon pi cari ikan pari . Balik jer rumah akak terus siapkan hidangan yg simple ni bersama ulam-ulaman ,sambal belacan , dan ikan goreng . Resepi yg SIMPLE & SUPERB ni akak dapat dari blog Che Mat Gebu . Kalu nak tau sejauh mana kebenarannya sila lah cuba yer.... Asam Pedas Ikan Pari Sumber Resepi : Blog Che Mat Gebu BAHAN-BAHANNYA :-) 3 keping ikan pari kecil @ tuka - kak nita pakai ikan pari besar  1 biji kecil ...

RVC & RV Mini Cupcakes

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sempena bulan Syaaban yang mulia ni, akak dan rakan seoffice berpakat utk buat makan2.Lagipon tak lama lagi nak sambut Ramadan. Alhamdulillah... tadi pada pukul 1pm..semua kami berkumpul dan menikmati semua makan yg berbagai2 tu dgn jayanya....Seronok sungguh makan sampai tak hengat nak bawa kamera....Antara  makanan lain tu adalah Laksa, Pulut Kukus bersama sambal tumis ikan bilis, nasi lemuni,kuih sri ayu, kek Oren,kek coklat , rojak buah,puding  dll lg. Kek yg kat bawah ni akak buat semalam utk majlis ni lah .Mini cupcakes ni pulak untuk si kecik yg kat umah nih... Resepi ni sama yg akak buat dulu . Kalu nak boleh klik  sini

Chicken Lasagna

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Pagi Ahad ye.... Hari ni akak nak masukkan N3 ni...makan malam kami semalam...Chicken Lasagna. Dah lama akak tak buat ni.Kekadang kalu teringin tapi tak dan nak masak ,makan je kat Pizza Hut .Semalam akak free,bila dah semua org kata tak nak makan nasi...akak pon buatlah yang ni dan juga Garlic bread & pasangannya Mushroom Soup.Alhamdulillah ,semuanya kenyang dan puas makan...Resepi utk Chicken Lasagna ni akak dapat dr blog Kak Ida~1001resepi . Terima kasih ya Kak Ida...sedap sungguh resepi  ni.. Chicken Lasagna Sumber Asal : Kak Ida (koleksi1001resepi) Dikongsi Oleh : Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan2nya Kepingan pasta lasagna  Sauce Merah Olive Oil Bawang Putih Bawang Besar Mince Chicken (isi ayam hancur -ada jual kat Tesco@ mana2 pasaraya) Pasta Sauce Brown Sauce-kak nita tambah Kiub ayam-akak tambah Dry basil ~kak nita tak letak sbb dlm Kimball ni dah ada basil boleh juga gantikan dgn bay leaves Sedikit sos cili-kak nita tambah White...

Chicken Foldover ~sendiri bikin

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Atas permintaan ramai (permintaan isi rumah akak ler) , malam ni akak sediakan Chicken Foldover ikut citarasa sendiri. Meriah gitu...ikut suka hati la katakan...kalu nak order masakan jd begini...hahaha. Mudah aje...beli roti tortilla kat supermarket,sayur-sayuran , isi ayam ,telur @ apa2 je yg rasa nak letak kat dalam tu , lipat (fold) dan makan .Sekali-sekala ok gak lah... Jom kita semak resepi kat bawah ni..    Chicken Foldover Bahan2nya Roti tortilla/yg sekutu dgnnya( capati pon boleh kot...) Isi ayam Kentang  Tepung Ayam Goreng Telur Daun Salad Timun Tomato Sos Cili Jalapeno Cheese ( Cheese powder yg kita makan dgn potato wedges tu) Mayonis Cara2nya 1. Isi ayam ,kentang dicelup tepung dan digoreng. 2. Telur digoreng dan dikacau ,jadikan scramble egg. 3. Tomato dan timun dihiris nipis. 4. Panaskan tortilla 20-30 saat -dalam microwave (ikut instruction kat pack ) 5. Susun semua bahan diatas  tortilla ,picitkan sos cil...