Caramel Cheese Pudding
Assalamualaikum dan salam sejahtera .....
Adussss ...lama sungguh tak meng'update' blog ni . Bukan sengaja tapi keadaan tak mengizinkan . Kamera akak mogok . Sepanjang lima hari berpuasa ni akak mmg masak utk berbuka .Bukan apa, malas nak bersesak-sesak di bazar ramadan . Walaupon kesuntukan masa akak cuba sediakan masakan yg simple yg menjadi kegemaran anak2 . Kalu nak buat kuih / puding ke, akak buat lepas bersahur. Almaklumlah waktu kerja akak macam biasa ja 530ptg baru habis, sampai rumah pukul 630ptg. Satu jam akak spend utk sediakan hidangan setiap hari .
Setiap kali siap hidangan tu, akak cuba amik gambar guna camera handphone tapi hasilnya agak mengecewakan . InsyaAlIah dalam dua tiga hari lg kamera tu akan ok balik . Anyway ,terima kasih pada pengunjung yg sudi singgah walaupun tak dak apa2 yg terkini.
Ok lah..N3 kali ni adalah Caramel Cheese Pudding ( ni pon gambar lama yg dalam simpanan) yg sangat nyaman dan menenangkan tekak, mmg sesuai untuk berbuka. Gabungan rasa puding , caramel dan cheese tu amat menepati citarasa akak. Resepi ini akak dapat dari Yani~MyResepi. Ramai yg yg dah cuba dan mengaku mmg pu puding ni mabelesss dan 1st class gituu... Kot2 teringin nak cuba, sila rujuk resepi kat bawah ni ya...
Caramel Cheese Pudding
Resepi asal : Yani~myresipi
Bahan-bahan
[ Karamel ]
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
[ Puding ]
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon
Cara-cara
1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
6. Sejukkan sebelum dihidang.
Selamat mencuba!
Komentar
Posting Komentar