Postingan

Menampilkan postingan dari Desember, 2012

Siakap Sweet Sour

Gambar
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dapat lunch lg dengan anak2 hari ni. Esok dah kerja , lusa pula ,Luqman akan berangkat pulang ke asrama. Yg tinggal hanyalah Irfan ,Balqis dan Rafiq  kat umah . Hari ni  pagi2 lg akak dah ke pasar utk cari bahan2 utk dimasak. antara lauk peberet bebudak ni adalah Siakap Sweet Sour ni la. Simple jer  , digandingkan pula dgn tomyam campur, sotong masak asam dan sayur. Ni ada resepinya yg akak rekodkan utk rujukan .Ni ikut cara akak lah yg main ikut rasa hati je. Kalu nak cuba silakan... Siakap Sweet Sour Sumber: Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan:- 1 ekor ikan siakap ~ Bersihkan + dilumurkan garam dan kunyit + di goreng terlebih dahulu Dikisar 2 biji bawang putih 1 biji bawang besar Sedikit halia 6 biji cili kering 1 biji tomato segar Air secukupnya 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar cuka / jus limau Garam + Gula , sedikit kiub pati ayam~ Ikut selera masing2 Minyak 1 biji Bawang besar - dipotong separuh bulatan Hiasan  Daun...

Rombongan Meminang...

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah dapat jugak update blog yg dah lama bersawang nih...Banyak sangat aktiviti ,kenduri disana sini , persiapan sekolah ,kerja dan serba -serbi lg...hahaha biasa la tu ...org len pon camtu jugak kannnn? Ok la tak mo citer panjang . Kek fondant ini adalah percubaan SULONG akak dan Kak Za ( kakak ipar) untuk majlis pertunangan Acu (adik ipar bongsu ) pada 23rd Dec yg lalu. Dah lama teringin nak try tapi tu la...saja2 nak buat malas,so bila dah ada acara camni boleh la try2...hehehe. Lagi pon bakal biras akak tu jenis yg tak kisah dan tak cerewet . Tak lah segan sangat nak bg kek yg tak seberapa nih.. Kat dlm tu akak letak kek coklat pastu susun le bunga2 tu sikit  . Simple jer kan. Lepas ni nak kena praktis lg bg lebih kemas dan menarik. Tqsm Kak Za kerana sama2 berjaga dan mengharungi karenah berfondant bersamaku hahaha... Majlis hari tu berjalan lancar dimana kami dr pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas dgn 9 dulang dr...

Homemade Air Soya

Gambar
 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jemput minum semua...! Soya ni akak buat tadi . Kacang ni dah hampir seminggu akak beli tapi hari ni baru ada masa nak buat . Akak pasti ramai yang tahu cara nak buat soya yg simple ni. Tapi tak pa resepi ni direkodkan khas utk rujukan anak2 akak dan sapa2 sajelah yg nak rujuk. Soya mempunyai kandungan protein yg tinggi yang mana ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung .  Kandungan asid amino , asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Yang bestnya, proses penuaan dapat diperlahanan gitu...Ada lg tapi cukup la kot no...? Resepi ni akak dapat dr blog  ros-jintanmanis . Terima kasih ya Ros ....izinkan akak panjangkan resepi ros ni... Homemade Air Soya  Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Dikongsi Oleh : jomknitamasak.blogspot.com kacang ni kalu kat sini harganya dlm RM...

Kuih Bakar Pandan

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kuih Bakar Pandan @ Bengkang Pandan ni akak buat weekend hari tu tapi tak sempat nak update. Dulu2 mak selalu buat tapi tak pernahnya nak belajar .Sekarang ,bila dah tua2 ni teringin la pulak nak buat . Pastu sibuk la pulak cari resepi sana sini. Akhirnya jumpa la resepi ni dr Dapur CT Delima . Tima Kasih bebanyak CT. Bagi akak kuih bakar ni mmg simple dan sedap,sesuai utk breakfast /minum petang.   Kot2 teringin nak cuba ,sila semak resepi di bawah ni : Kuih Bakar Pandan Sumber asal : MyR Joayee sumber : Che CT,  Kak Nita Bahan-bahan : (untuk hidangan 6 orang) 1 cawan gula 1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence) 2 cawan tepung gandum 2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan-450ml ) 2 sudu kecil butter 3 biji telur 1/2 sudu kecil garam Sedikit pewarna hijau Bijan jika suka Cara-cara : 1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati. 2. Masukkan 2 sudu kecil minyak dalam loyang . 3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah...

Strawberry & Durian Crepe dan alkisahnya....

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Akak pasti ramai yg gantung peruik belanga minggu ni sbb memenuhi jemputan majlis resepsi disana-sini.Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada pengantin2 dan  bakal pengantin ya!.Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Strawberry dan Durian Crepe ni hanya tinggal gambar saja . Dah lama buat tapi malu la pulak nak letak sebab banyak sungguh kisah disebalik tabirnya! Pada mula2 durian crepe ni meletop dan meriah di pasaran ,akak punya la tak sabar nak rasa . Pastu akak beli kat jiran dan rasa ~fuhhhh...mmg  memikat. Masa tu tak banyak lg org yg jual durian tapi disebabkan dok teringat2 rasa durian crepe  tu akak pon terus buat crepe tu  pastu baru pi cari durian , malangnya tak dak!.Apalagi niat dihati nak buat durian crepe tapi jd strawberry crepe. Walaupon rasanya tak sehebat durian tapi berjaya juga dihabiskan sebab buat sikit jer...     Minggu berikutnya akak teruskan lg mencari durian , masa kat gerai durian tu dah tes...