Kek Buah Kukus



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah dapat bertemu kembali. Terima kasih kepada sesapa yang  masih sudi singgah ke dapur kak nita yg dah lama tak berasap ni. Kek ni dah selamat bertakhta dalam perut .Masa tu akak teringin sangat tengok kek buah  Hana,dan Kak Yati .Disebabkan tak tahan sangat, akak pon cubalah ...masa dok buat tu , mata ni ngantuk teramat sangat maka kek yg sepatutnya dikukus 4 jam ,akak kukus 2.5 jam jer....tapi hasilnya ok walaupon tak secemerlang kak yati dan hana. Yang best tu ialah teksturenya yang lembab dan kurang  manis. Boleh makan banyak potong ..tak jemu gitu..So, bagi penggemar kek buah...tak rugi sekiranya anda mencubanya....insyaAllah.Terima kasih juga kepada pemilik asal resepi ni ~Chef Zubaidah

KEK BUAH KUKUS
Sumber rujukan : kak.sheila.spices journey, hanamemories.blogspot.com,kak yati ~sinar kehidupanku
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir(kak nita letak 300gm )
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits(kak nita letak 250gm mixfruit + 100gm hirisan badam.)
3 biji telur gred A
350g tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok.(kaknita gantikan sedikit serbuk kulit kayu manis)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara

  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.(kak nita pakai loyang 2 loyang kecil size kat atas tu..)
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung