Laksam II
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Laksam adalah antara makanan kegemaran akak sekeluarga....kalu dulu beli jer tapi sekarang bila dah anak2 semuanya suka ,maka buat sendiri lagilah berbaloi. Ada macam2 resepi utk buat laksam ni ,dulu akak pernah cuba resepi Yani ~boleh refer kat sini. Kali ni pulak akak cuba resepi dr blog ceria-resipi .Terima Kasih tuan punya ceria-resepi ya....laksam ni lembut dan tahan lebih lama.
Kot2 la nak try sebagai juadah iftar nnt ~Jom semak resepinya ...
Laksam II
Sumber : ceria-resepi.blogspot.com
Dikongsi Oleh : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam
Cara2:
1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dlm setengah jam
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
Utk kuahnya sila klik sini
Kaknita mmg suka ulam-ulaman yg fresh ni...krup-krap gitu...
tambah pula dgn kuah lemak dan sambal....mmg syokkk lahhh...
Komentar
Posting Komentar