Kek Coklat 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sebaik saja cuti sekolah bermula , banyak sungguh jemputan kahwin yg diterima. Hari ni pon ada satu jemputan . Oleh kerana nak pi kenduri tu akak hanya prepare breakfast saja hari ni..Masa dok godek2 peti ais ada lah ternampak beberapa items lg yg perlu dihabiskan,kalu tak nnt rosak la pulak antaranya -cream cheese , chocolate, strawberry filling....pastu apa lg ,jadi la kek ni.
Resepi drp Chef Hanieliza akak sesuaikan ikut bahan yg ada. Minta ampun ya chef.....
Antaranya akak kurangkan gula dalam adunan dan tambahkan sedikit cream cheese manakala toppingnya pula akak pipekan sedikit strawberry filling .Gabungan rasa chocolate ,masam manis tu kira okkkkk lah...besttt.
Jom kita semak resepi ni:
KEK COKLAT 4
Sumber 1 : CHEF HANIELIZA
Sumber 2: Blog Kak Ummi homesweethome
Sumber 3: kak nita -jomknitamasak.blogspot.com
Bahan A:-
1 cawab susu cair (akak guna fresh milk)
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang (akak letak 1 1/4 cwn je)
30 gm cream cheese -knita tambah ( dibiarkan pada suhu bilik)
Bahan B:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko (*akak guna jenama Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C (dikacau rata):-
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Bahan Krim Coklat (Ganache):-
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega
Ganache -Kak nita
whipping cream
choc masakan
(double boiled)
Cara Membuat Kek:-
- Panaskan kukusan.
- Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
- Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
- Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
- Lapik loyang dengan kertas baking (*knita guna loyang empat segi 9") dan tuangkan adunan.
- Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan) - memang betul..sikit jek merekahnya dan permukaan pun rata. (akak balut penutup kukusan dengan kain semaasa mengukus kek) - knita bakar pada suhu 160C selama 50min @ sehingga masak.
- Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.( knita letak choc ganache , choc chip & strawberry filling)
Cara Membuat Krim Coklat:-
- Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
- Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
- Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
- Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.
Komentar
Posting Komentar