Kerabu Pucuk Paku
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekali sekala menu kerabu ni mmg menyelerakan. Kalu digandingkan dgn nasi panas2 dan ikan goreng kunyit pon dah cukup. Selain dibuat kerabu ,pucuk paku ni juga sedap dibuat masak lemak cili padi , digoreng bersama udang atau dibuat ulam shj. Banyak khasiatnya sebenarnya. Antaranya ialah boleh menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam kerana ia mengandungi zat besi , vitamin A(beta karotene).Ia juga kaya dgn mineral terutamanya fosforus dan kalium.Classsss gitukannn...So jgn pandang rendah kat sayur2 kg atau ulam-ulaman nih....
Kerabu pucuk paku kat atas adalah versi paling simple sebab campur dgn ikan bilis jer , kalu nak campur dgn perut/daging ker sila tambahkan sedikit serai yer..Resepi ni akak dapat drp blog Chef Hanieliza. Terima kasih Chef.
Kalu nak try tu bole tengok resepi kat bawah ni:
KERABU PUCUK PAKU
Sumber 1: Chef Hanieliza
Sember 2 : kak nita -jomknitamasak.blogspot.com
Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]-tak da stok akak gantikan dgn carot yg diparut.
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]-knita gantikan dgn kerisik yg readymade dr kg giteww...
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan-knita tak letak
gula
Sambal [mesinkan]/ ditumbuk
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa
sedikit halia-knita tambah
sedikit gula melaka dan garam-knita tambah
Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.
NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.
Komentar
Posting Komentar