Asam Pedas Ayam


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Asam Pedas ni mmg menjadi kegemaran saya dan anak2 . Asal ada daun kesum jer mesti nak buat asam pedas .Balqis mmg suka sangat asam pedas ayam ni berbanding dgn asam pedas ikan . Kalu buat yg ni mmg makan nasi berulang lah dia. 
Jom kita semak resepinya :

Asam Pedas Ayam
Resepi : Kaknita ~ jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
500gm ayam dipotong ikut size sederhana kecil( kalu nak ltk daging pon boleh)
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau perut
air asam jawa ,garam . gula secukup rasa

Bahan2 (dikisar)
2 btg serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 -15 biji cili kering ( direbus terlebih dahulu)
1 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup ( kalu tak dak boleh gantikan dgn sedikit serbuk kunyit)

Bahan2 sampingan 
Terung panjang dipotong dan digoreng
* kalu nak campur terus dlm kuah pon boleh tapi kaedah goreng berasingan ni lg sedap dan wangi.



Cara2nya,

  1. Tumiskan bahan yg dikisar hingga wangi dan pecah minyak
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati.
  3. Masukkan air asam jawa,bunga kantan,daun kesum, daun limau perut dan biarkan mendidih selama 10-15min (api sederhana).air tu ikut kepekatan yg dikehendaki . 
  4. Masukan garam , gula dan serbuk perasa(jika suka) secukupnya.
  5. Bila kuah dah terbit minyaknya. Tutup api dan masukkan terung yg telah digoreng tadi.


Selamat Mencuba!

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung