Kunamakan samperitku SAMPERIT COME sebab ia comel sangat...
Assalamualaikum.
N3 kali ini mengenai samperit lagi. Tak jemu-jemu Kak Noor ceghite pasal samperit kan? Teruja juga dengan Samperit Come ini. Come sesangat! (Puji sendiri pulak!) Tetiba... aje boleh jadi kecik macam tu!
Sejak semenjak ini Kak Noor busy `menyemperit' bagi memenuhi tempahan rakan-rakan yang ingin merasa samperit come ini. Hujung minggu sahajalah masa yang terluang untuk Kak Noor membuatnya. Lagipun pada setiap hujung minggu baru ada assistant; iaitu anak sulung perempuan Kak Noor. Bila dia ada, rasa lega.... sangat sebab tugas Kak Noor hanya membancuh, memicit dan packing aje... Bab meletak ceri dan membakar dia yang bantu. Kalau nak harap Kak Noor seorang diri, perlahanlah sikit prosesnya, macam kura-kura. Ha..ha.. Kak Noor kalau bab nak tengok api ni memang malas sikit. Wajah samperit yang sempurna apabila kita keluarkannya daripada oven kelopak bunganya tidak jatuh, dan warnanya masih kekuningan termasuk tapaknya.
Syukur Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada kawan-kawan terdekat memberi semangat kepada Kak Noor untuk terus menerima tempahan. So far semua kata samperit ini come dan sedap. Dia orang suke...dan repeat order untuk hari raya pulak. Ada juga yang ingin menjadi agen untuk menjual samperit ini. Hai... kena fikir dua kali, takut tak menang tangan pula membuatnya.
Pre-order daripada kekawan |
So di sini Kak Noor ingin kongsikan foto samperit come ini dengan kekawan semua. Rasa sayang pula nak makan kalau dah display macam ni kan!? Samperit ini gebu dan melting in the mouth.
Komentar
Posting Komentar