Juadah 1 Ramadhan; Rendang Pedas Ayam, Sambal Tumis Sotong Dengan Petai, dan Sayur Kacang Buncis Goreng Kunyit
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
DARIPADA SAJIAN DAPUR BONDA
Syukur ke hadrat Allah Taala kerana masih lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Semoga pada tahun ini ibadah yang dilakukan lebih baik dan lebih sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya. Amin...
Alhamdulillah kerana Kak Noor masih diberi kudrat untuk menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Walaupun kekadang waktu terasa letih selepas pulang dari kerja, namun demi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, ia perlu dipikul jua.
Pada hari pertama Ramadhan, pelbagai request untuk lauk daripada suami dan anak-anak. Nasib baik pada hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Ahad, iaitu hari Kak Noor bercuti. Layan ajelah permintaan mereka. Lagipun hari pertama puasa, mesti terasa nak makan itu dan makan ini. Hasben nak makan rendang pedas ayam, dan anak-anak pula nak makan sambal tumis sotong petai. Kak Noor pula? Tak kisah sangat... taklah teringin sangat nak makan itu dan ini. Kadang-kadang tak selera juga makan sebab kita yang memasaknya.
Juadah untuk hari pertama, Kak Noor masak rendang pedas ayam dan sambal tumis sotong kembang petai. Bagi bab sayur Chef Junior akan memasaknya. Sayur kacang buncis, sedap dimakan semasa masih panas. Menu ini memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Kalau tak makan bersama nasi, ratah aje pun sedap. So suruh dia goreng 1/2 jam sebelum berbuka puasa. Sebelum itu potong sayur siap-siap dan sediakan rencahnya.
Inilah rezeki hari pertama berbuka puasa yang sempat Kak Noor sediakan untuk keluarga.
Inilah rezeki hari pertama berbuka puasa yang sempat Kak Noor sediakan untuk keluarga.
Komentar
Posting Komentar