Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2014

Tart Nenas Gulung

Gambar
Assalamualaikum, Salah satu resepi tart nenas yg sedap dan tak memerlukan banyak bahan.Terima Kasih kak  Noor Masri kerana sudi berkongsi resepi ni. Buat sebelum puasa  dan selepas raya. Insyaallah , kalu ada kesempatan pasni kita share tat nenas version lain pulak yer . sebelum dan selepas dibakar. Tart Nenas Gulung Sumber 1 : Maizana Sumber 2 :  Dapur Noor masri Dikongsi oleh: Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan-bahan: 1 kg tepung gandum Cap Sauh 625 g mentega (2 1/2 buku mentega) - tapi akak guna 500g mentega + 125 g majerin planta 4 kuning telur 1 putih telur 1/4 sudu teh garam halus 15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap 1 sudu teh esen vanilla sket pewarna kuning ( kak nita tak letak) 1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu) Sapuan: 1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati Cara membuat: Campurkan kuning telur, p...

Ayam Goreng Sambal Kicap Pedas

Gambar
Assalamualaikum... Selamat bercuti hujung minggu bersama keluarga tersayang.  Apa agaknya juadah untuk keluarga tersayang tengah hari ini ye?  Hari ni Kak Noor masak simple aje.  Hanya sekadar sejenis lauk untuk dihidang bersama nasi panas.  Sejak seminggu yang lalu anak-anak tidak berapa selera nak makan sebab tak berapa sihat.  Sekarang ini musim demam panas dan batuk. Walaupun telah dimasak, tetapi tidak dijamah. Daripada membazir, lebih baik Kak Noor tak masak. Sepulang dari kerja, singgah di kedai dan beli aje makanan yang dipesan oleh anak-anak. Hari ini, cuba masak ayam goreng sambal kicap pedas. Harap-harap menu ini membuka selera keluarga.  Malas nak masak pelbagai lauk, nanti membazir pula. Inilah bahan-bahan yang digunakan untuk memasak Ayam Goreng Sambal Kicap Pedas ini.  Dari segi penggunaan cili padi, boleh ditambah kuantitinya jika suka lebih pedas.  Bergantunglah kepada citarasa masing-masing. Bahan-bahannya: 500 gram ayam – dipot...

Ayam Masak Kicap Mudah sangatttt....

Gambar
Assalamualaikum, Ini adalah menu kegemaran saya dulu,kini dan mungkin selamanya kot.....haha. Kini dah berjangkit kat anak2 pulak . Selalu buat bila anak2 request. Kebetulan last few weeks saya tak masak sangat sebab "m ' pun ada , letih sangat sejak2 lepas raya ni ..Pastu Balqis tanya "bila ibu nak masak ? Balqis teringin nak makan ayam masak kicap ni...nak bawa bekal ". Maka tersentot la si ibu ni... .kesian sungguh..Lalu bergegas bangun dan buatkan ..haha ... Tu la kanak2 ni tak perlu sediakan susah2 pon utk depa -janji kita sediakan dan selalu ada bersama dah cukup . Utk Balqis Safea....ni ibu catatkan  resepi ni utk rujukan Balqis nnt ya: Ayam Masak Kicap Resepi asal : Mak saya Olahan sikit2 : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan2nya 1/2 kilo ayam - dibersihkan dgn tepung /cuka Garam Kunyit Kicap manis secukupnya 2 ulas Bawang putih  (ditumbuk) 2 ulas bawang besar ( 1/2 ditumbuk , 11/2  dipotong bulat) 1/2 inci halia(ditumbuk) satu mangkuk kecil air asam ja...

SAMPERIT SUSU HOMEMADE, SAJIAN DAPUR BONDA

Gambar
Sekiranya anda seorang penggemar biskut samperit, sekarang ini anda tidak perlu menunggu hari raya untuk mendapatkan biskut ini. Anda boleh menempahnya daripada Sajian Dapur Bonda.  Boleh ditempah untuk makan sendiri, `corporate gift' ataupun berniaga. Satu bekas penuh beratnya 350gm. Sedap dan gebu. `Melt in the mouth'. Menggunakan butter dan tepung yang berkualiti. PM Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda sekiranya berminat.

Sotong Kicap Berempah

Gambar
Assalamualaikum. Telah lebih sebulan Kak Noor menyepi diri tanpa N3.  So hari ini tak sempat nak celoteh panjang-panjang.  Kak Noor nak kongsi salah satu menu yang dimasak untuk keluarga, iaitu sotong kicap berempah. Jom kita terus lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sotong kicap berempah ini.  Menu ini cukup ringkas dan mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya: 1/2 kg. sotong putih saiz besar - dipotong gegelang 1 biji bawang besar - dipotong gegelang 1 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap manis 1 cawan air Garam dan gula secukup rasa Bahan-bahan Tumis: 1 sudu besar bawang besar - cincang halus 1 sudu besar halia + bawang putih- cincang halus 1 sudu kecil serbuk jintan manis    )   disatukan dan dibancuh 1 sudu kecil serbuk jintan putih     )   dengan air  menjadikannya 1 sudu kecil serbuk ketumbar        )   pes rempah 1 sudu besar serbuk cili             ...

Cornflakes Crunch Cookies

Gambar
Assalamualaikum , Biskut ni kak nita buat sebelum raya hari tu .Mmg sedap dan rangup . Terima kasih Kak wan sbb sudi share resepi ni. Kami sekeluarga mmg sukakan cookies . Rupanya tak cantik tak pa, janji rasa tu sedapkannn .Bila buat sendiri ni kita boleh kurangkan gula sikit  . Kalu nak cuba jom kita semak resepi ni : Biskut Cornflakes Crunch / Cornflakes Crunch Cookies Sumber :  Kak Wan Dikongsi Oleh : Kaknita : jomknitamasak.blogspot.com Bahan A 280gm mentega 180gm gula kaster 1/2 sudu teh vanila 2 biji telur B Bahan B - di ayak 320gm tepung gandum / rose 1/2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh soda bikarbonat 1/8 sudu teh emplex Bahan C :  500gm cornflakes (di ramas sedikit) Cara-cara : Pukul bahan A hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut.  Rehatkan di dalam peti sejuk     semalaman.(knita rehatkan 1-2 jam jer) Sudukan 1/2 sudu teh adunan dan gaulkan dengan cornfl...

Mee Kuah Simple

Gambar
Assalamualaikum , Post tertunggak sebenarnya yg ni . Buat kalut2 utk berbuka . Tu pasai la la simple2- main bubuh jer apa yg ada . Lgpon nak berbuka tak perlu buat banyak2 nanti tak  habis ,membazir pulak jdnya . Kalu nak  try , boleh semak resepi ni insyaAllah .... Mee Kuah Simple Resepi : kaknita -jomknitamasak.blogspot.com Bahan2nya Sedikit Mee kuning ~agak2 dapat dalam dua mangkuk dicelur dan ditoskan. utk kuahnya Daging direbus hingga empuk 2 ulas bawang merah~ditumbuk 2 ulas bawang putih~ditumbuk 2 sudu besar cili kisar bersama sedikit udang kering ~ikut rasa kalu nak pedas kasi lebih 1 sudu teh rempah sup 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 biji ubi kentang -direbus dan dikisar garam ,gula dan sedikit kiub ayam Cara2nya Tumiskan bawang yg ditumbuk tadi hingga wangi Masukkan   remaph sup ,cili kisar & dan sedikit air, kacau hingga pecah minyak  Masukkan sos cili, sos tomato,garam , garam dan perasa secukupnya.  Masukkan air rebusan daging s...

Salam Aidilfitri 2014

Gambar
Assalamualaikum dan salam aidilfitri , Dikesempatan ini kak nita ingin ucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan2 blogger dan pengunjung2 blog ini yg tak jemu2 singgah kesini .Alhamdulillah , jumlah pageviews meningkat sejak dr awal ramadan hingga kini . Semoga apa yang dikongsi disini dapat memberi manafaat kpd semua dan semoga dr sini silaturrahim kita akan berpanjangan insyaAllah . Berikut adalah gambar2 disekitar Hari Raya pertama 2014.  Hanya 2-3 jenis yg sempat dibuat disaat2 akhir : Antara juadah lain yg meletop pd Hari Raya kali ni adalah Rendang Daging dan Mee Rebus yg disediakan oleh Kak Za ...sedap tak terkata sampai terlupa nak amik gambar. Selamat Hari Raya Aidilfitri   Maaf Zahir dan batin dr Kak nita sekeluarga...