Sotong Kicap Berempah

Assalamualaikum.


Telah lebih sebulan Kak Noor menyepi diri tanpa N3.  So hari ini tak sempat nak celoteh panjang-panjang.  Kak Noor nak kongsi salah satu menu yang dimasak untuk keluarga, iaitu sotong kicap berempah.




Jom kita terus lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sotong kicap berempah ini.  Menu ini cukup ringkas dan mudah untuk disediakan.




Bahan-bahannya:
1/2 kg. sotong putih saiz besar - dipotong gegelang
1 biji bawang besar - dipotong gegelang
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Tumis:
1 sudu besar bawang besar - cincang halus
1 sudu besar halia + bawang putih- cincang halus
1 sudu kecil serbuk jintan manis    )  disatukan dan dibancuh
1 sudu kecil serbuk jintan putih     )  dengan air  menjadikannya
1 sudu kecil serbuk ketumbar        )  pes rempah
1 sudu besar serbuk cili                 )

Cara-caranya:
1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang besar, halia + bawang putih sehingga naik bau.  Kemudian masukkan pes rempah.  Masak sehingga rempah garing/terbit minyak.
2.  Selepas itu masukkan 1 cawan air, sos tiram, dan kicap manis. Masak sehingga kuah mendidih.
3.   Kemudian masukkan sotong.  Selepas sotong masak, rasa dulu kuahnya.  Sekiranya tidak cukup rasa, bolehlah ditambahkan garam dan gula.
4.  Akhir sekali masukkan gegelang bawang besar.  Kacau dan bolehlah ditutup api. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung