Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2014

DONAT Lagiiii...

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Donut ni dah lama kaknita buat tapi tak sempat nak post. Adunan ni sama juga sama dgn adunan roti. Tetap lembut walaupun diuli dgn tangan. Terima kasih kepada Zalinzalina kerana berkongsi resepi. Satu adunan ni mmg dapat banyak , so jgn risau...kalu tak ramai kat umah tu boleh goreng separuh masak dan frozenkan ya.. Nanti bila nak makan boleh goreng lg tak yah buat banyak2 kali...hehe.. Sumber 1 : : zalinzalina Sumber 2 : kaknita -jomknitamasak.blogspot.com 500 gram tepung gandum 1 sudu kecik bread improver 1 sudu kecik garam halus 2 sudu kecik susu pekat atau susu tepung 2 biji telur A atau B (knita letak B) 100 gram margerin 210 ml air suam 100 gram gula pasir 1 peket yis Mauripan Cara2nya Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula... Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih.. Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita...

TERUJA MASAK PULUT KUNING MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA, 7 MINIT AJE...

Gambar
Assalamualaikum. Bagi N3 Jom Masak Dengan Periuk Noxxa kali ini, Kak Noor ingin berkongsi resepi pulut kuning yang dimasak menggunakan periuk Noxxa. Sebenarnya pulut kuning ini Kak Noor masak hari Ahad yang lalu. Hari Isnin bawa ke pejabat untuk sarapan pagi bersama kawan-kawan.  Dimakan pula bersama rendang pedas ayam yang telah dipanaskan beberapa kali dalam periuk Noxxa menggunakan fungsi `STIR FRY'.  Mudah dikaupbalikkan sehingga rendang kering dan berwajah serunding. Yang bestnya periuk dalamannya tidak melekat langsung.   Pulut pula Kak Noor guna pulut susu Siam yang dikirim daripada bapa rakan sepejabat yang tinggal di Padang Besar. Telah agak lama pulut ini disimpan di dapur.  Kalau tak salah Kak Noor beli masa nak raya puasa  hari tu.  Niat di hati nak buat ketupat pulut makan anak beranak di pagi raya sebab pelan asal nak raya di KL aje.  Tapi last minute pulang juga berhari raya ke Bukit Mertajam bersama bonda dan adinda-adinda di sana. ...

Kurma Telur Original....

Gambar
Assalamualaikum, Bila baca jer tajuk ni mesti tertanya2 apa yg originalnya kannn? Telur sudah pasti...walaupon sekarang ni dah ada telur tiruan. Rempah kurma? -dah banyak serbuk rempah kurma dipasaran -nak jenama apa amik ja..janji bayaq...hihi. Akak selalu jugak beli tapi harini terlebih rajin pulak bila teringat dr buku resepi lama. Buku resepi kakak saya ni mmg berpuluh2 tahun usianya mungkin masa sekolah menengah dulu dr kelas sains rumahtangga. Sumber asal resepi tak diketahui . Walaubgmanapon terima kasih kak Azizah sbb bg buku ni kat chek! Dah cuba sebelum ni mmg sedap dan hari ni teringat pulak sbb dah   lama tak buat. Menggunakan campuran rempah ratus yg asli dan juga santan segar. Rasanya sungguh original kalu nak cuba boleh semak resepi ni.  Kurma Telur Original Sumber : buku resepi kakak 6 biji telur ayam direbus dan dikupas- boleh juga digantikan dgn ayam /daging Bhn dikisar (  kalu ikut resepi asal digiling yer!) 4 sudu besar ketumbar 1 sd besar jintan manis...

Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa

Gambar
Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.  Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk.  Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan. Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam.  Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.  Bahan-bahannya: 1.5 kg. daging ayam 1/2 kilo santan pekat 150 gra...

Shepherd's Pie

Gambar
Assalamualaikum , Hari ni cuti sbb tak sedap badan a.k.a selesema gitu + saja nak ngabiskan cuti dgn anak . Tekak org selsema ni camtu la teringat mcm2 . tapi memandangkan tak rajin nak keluar cari bahan- maka terpaksalah letak apa yang ada kat freezer tuh..Cottage pie / Shepherd pie ni senang jer..akak buat yg klasik ..tak letak cheese sbb tak dak stock ..tapi jgn risau ..habis jugak . dulu penah buat skali tp sempat nak swirlkan kentang tu ..hahaha..kali dah ber'swirl' kan....So, ini lah makan petang kami hari ni... Kalu teringin nak buat boleh scroll down utk resepi : Tq Chef Hanieliza. Shepherd's Pie/Cottage Pie Resepi :  Chef hanieliza Dikongsi Oleh : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com Bahan 500 gm daging kisar~knita letak ayam kisar 1 labu bawang besar [potong dadu] 1 ulas bawang putih [cincang halus] 1 cawan kacang peas-knita tak letak 8 biji cendawan tin [belah 4] 5 biji buah tomato masak 1 batang carrot [potong dadu] 1 pokok daun sup [cincang] 1 s/b tepung jagung ]...

Laksa Penang

Gambar
Assalamualaikum , Laksa mmg peberet akak.Sebaik saja kak Ita post entry ni diblognya, terus rasa teringin-tak lama pastu akak cuba terus ikut resepi ni. Bahannya lebih banyak kalu nak dibandingkan dgn resepi yg akak selalu buat tu. rasanya pon berbeza sikit tapi tak kurang hebatnya .  Jom kita semak resepi yg cukup terperinci dr Kak Azlita Aziz yg ternyata sangat rajin orgnya! Laksa Penang Sumber :   azlitamasammanis Bahan-bahan Untuk Stock Ikan 10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin 5 keping asam keping Air secukupnya untuk merebus ikan Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih. Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.  Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya ...

KARI TULANG DAGING LEMBU, 30 MINIT AJE DAH MASAK MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA

Gambar
Assalamualaikum. Hari ini Kak Noor nak share N3 masak kari tulang daging lembu menggunakan periuk Noxxa. Sesiapa yang memiliki periuk Noxxa ini bolehlah mengikut resepi ini dan cara-cara memasak menggunakan periuk ini.   Kebiasaannya bila kita memasak daging, ia akan mengambil satu tempoh yang agak lama untuk daging menjadi empuk/lembut.  Kadang-kadang mengambil masa hampir 1 jam untuk lembut, tapi itupun masih sedikit liat, bergantung kepada jenis daging. Kalau daging segar mungkin mengambil tempoh yang agak singkat jika dibandingkan dengan daging import. Tetapi dengan menggunakan periuk Noxxa ini,  apapun  jenis daging yang kita guna, ia akan cepat empuk/lembut. Dalam masa 30 minit sahaja kari tulang lembu dah siap dan boleh dihidangkan. Rasa karinya sama saja macam kita masak di atas dapur. Selepas 30 minit, terhasillah kari tulang daging lembu ini.   Daging menjadi lembut sekali.  Tulang of course le tak lembut... Mesti teruja nak mencuba bila tengok ga...

Kek Gula Hangus, Kudapan Keluarga di Hujung Minggu

Gambar
Assalamualaikum dan Salam Santai Hujung Minggu. Semoga semuanya sihat bersama keluarga beristirehat di hujung minggu. Di hujung minggu begini terfikir pula nak sediakan juadah minum petang untuk keluarga. Tetapi tak naklah sesuatu yang `heavy' dan sukar untuk dibuat. Just nak sediakan juadah yang simple dan dapat dimasak segera. Semenjak membeli periuk Noxxa ni, teruja sangat nak cuba masak itu dan ini. Teruja bila kawan-kawan yang telah lama memiliki periuk Noxxa mengepos gambar dan juga resepi yang telah mereka cuba. Sifu-sifu inilah yang banyak membantu memberi tunjuk ajar kepada `budak-budak yang baharu belajar' seperti Kak Noor ini. Apa yang penting ialah mudah dan cepat mengukus kek ini bila guna periuk Noxxa. Memang berbaloi menggunakannya. Hari ini Kak Noor nak cuba sediakan Kek Gula Hangus. Resepi ini Kak Noor perolehi daripada kawan-kawan yang telah pernah membuatnya.  So far, memang tak pernah buat kek gula hangus ini. Jom kita tengok penyediaannya.  Tengah...

JOM MASAK GUNA PERIUK NOXXA: BIHUN GORENG

Gambar
Bahan-bahannya: 1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam Udang/sotong secukupnya Nuget ayam - digoreng, kemudian dipotong dadu - boleh ditambah Sayur-sayuran - opsyen 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tomato 600ml air  Garam dan gula secukup rasa  Bahan-bahan Tumis: 3 sudu besar minyak  1 biji bawang besar - dihiris 4 ulas bawang putih - dihiris 1 senduk nasi cili kering kisar Cara-cara Membuatnya: 1.  Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa.  2.  Tekan fungsi `STIR FRY ' dan ON (butang warna merah) 3.   Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan nuget ayam.    Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.   4.  Kemudian masukkan cili kering kisar.  Kacau dan biarkan cili garing.   Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata.  5.  Selepas itu masukkan sos tiram, sos tiram, dan kicap manis.  Masukkan udang dan k...