Rendang Pedas Ayam, 8 minit dengan Periuk Noxxa
Assalamualaikum.
Bahan-bahannya:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai - dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)
Hari ini Kak Noor ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.
Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk. Tidak sampai 1 jam telah boleh dihidangkan.
Resepi yang ingin Kak Noor ketengahkan ialah Rendang Pedas Ayam. Resepinya sama sahaja seperti resepi yang pernah Kak Noor kongsikan sebelum ini. Tetapi kali ini ada sesetengah bahan itu diberikan dalam sukatan gram bagi memudahkan rakan-rakan mengikut resepi ini dengan tepat.
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai - dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)
Penyediaannya:
1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu
atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal
tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan
masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
4. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
5. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
6. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
7. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja
di dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah
guna fungsi WARM-REHEAT.
Komentar
Posting Komentar