Asam Pedas Rebus Ikan Pari, Sayur Campur, dan Ikan Goreng Garing Untuk Sajian Tengah Hari. Syukur Alhamdulillah.
Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah, rezeki pada hari ini.
Asam Pedas Rebus Ikan Pari, menu sajian tengah hari tadi. Sesekali masak menu ini sedap juga. Kuahnya boleh dihirup. Slurrp… Satu kepuasan bila dimakan bersama nasi panas. Kak Noor suka letak kuah banyak-banyak sampai nasi tenggelam.
Sebenarnya memang malas nak masuk dapur hari ini. Pagi-pagi lagi telah siap masak bihun goreng untuk sarapan pagi. Pada mulanya ingat nak terus masak untuk makan tengah hari. Senang, lepas itu boleh relaks dah... Tetapi tergendala pula sebab terleka menonton beberapa program TV yang agak menarik di hujung minggu. Apapun selepas tamat cerita `Cinta Hero Malaya’ lebih kurang jam 1.00 tengah hari, akhirnya masuk ke dapur untuk memasak.
Sesekali makan menu seperti ini, memang menyelerakan. Ala-ala kampung gitu... |
Hmm…. nak masak simple aje hari ini. Dah tiga hari ikan pari tersimpan di dalam peti sejuk. Memang dah pelan sejak semalam nak masak asam pedas rebus sahaja. Selalunya Kak Noor guna method tumis. Masa zaman Kak Noor kecil dulu, arwah nenda selalu masak asam pedas guna method rebus naik sahaja. Memang mudah dan cepat, masukkan semua bahan dan terus masak di atas dapur sehingga mendidih. Kemudian angkat dan hidangkan. Jarang tengok arwah nenda masak asam pedas ini menggunakan method menumis. Selalunya dicampur dengan nanas manis. Memang sedap. Tetapi tadi tak ada nanas, so kita masak apa yang ada saje.
Menu tidak lengkap tanpa sayur. So Kak Noor gandingkan dengan sayur goreng campur (kobis, putik jagung, cendawan, dan lobak merah). Digoreng pula ikan garing-garing. Diratah pun sedap ikan ni. Maka lengkaplah menu makan tengah hari untuk hari ini. Tapi… kalau ada ulam dan sambal belacan bertambah sodap lagi..
Bahan-bahannya:
I batang ikan pari – dipotong
1 kiub ikan bilis
3 keping asam gelugor
1 cekak daun kesum
2 batang serai dititik
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 batang bunga kantan – batangnya dikerat dan diketuk, bunganya dibelah dua
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
6 biji cili merah – dibuang biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Masukkan ikan, bahan-bahan yang dikisar, bahan-bahan lain dan air secukupnya (bergantung kepada banyaknya kuah yang dikehendaki) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan kacau rata. Apabila telah cukup rasa, bolehlah ditutup api.
Komentar
Posting Komentar