Kek Pelangi, warna pelangi inspirasi puteri-puteriku
Salam rakan-rakan semua.
Welcome to Dunia Kek Warna Warni. Teruja sungguh Kak Noor bila lihat kawan-kawan pos kek yang dicorakkan dengan pelbagai warna yang menceriakan dalam FB mahupun blog. Kalau kita yang dewasa pun tertarik dengan warna-warna yang digabungkan, apatah lagi budak-budak yang melihatnya.
Dari sehari ke sehari memendam rasa untuk cuba membuatnya. Akhirnya sehingga ke hari ini, Kak Noor telah mencuba membuat dua kek; iaitu Kek Marble dan hari ini Kek Pelangi. Bahan-bahan yang digunakan untuk kedua-dua kek ini agak sama sahaja, cuma dari segi pewarnaannya. Kek Marble tidak diletakkan ovalette, tetapi untuk Kek Pelangi Kak Noor letakkan sedikit Ovalette untuk melembutkannya.
Warna-warna yang digunakan pada Kek Pelangi |
Kek Pelangi ini adalah inspirasi daripada kedua-dua puteri Kak Noor; iaitu yang sulung dan yang bongsu. Bila dah nonton You Tube yang menunjukkan penyediaan `rainbow cake', di mana pelbagai warna digabungkan, mereka turut teruja untuk mencubanya. Seronok sungguh bila mereka diberi `mandat' untuk mewarnakan setiap bahagian adunan.
Inilah resepi Kek Pelangi untuk perkongsian bersama.
Ini pula cara menyelangselikan adunan ke dalam loyang. Part ini yang paling seronok.
Komentar
Posting Komentar