Agar-agar Neslo Oreo, kanak-kanak sukakannya
Assalamualaikum dan Selamat Petang.
Masih tak tahu apa sajian petang untuk keluarga? Apa kata kalau kekawan semua cuba buat Agar-agar Neslo Oreo ini. Mesti anak-anak suka; penuh dengan limpahan coklat lemak berkrim. Agar-agar Neslo Oreo ini adalah resepi eksperimen Kak Noor berpandukan Agar-agar Coklat Oreo yang diposkan oleh salah seorang rakan di FB. Kak Noor pun dah lupa apa namanya. Terima kasih kepada empunya resepi asal yang mencetuskan idea untuk Kak Noor melahirkan menu ini.
N3 untuk resepi Agar-agar Neslo Oreo ini telah Kak Noor poskan dalam laman FB Sajian Dapur Bonda.
Memandangkan resepi di atas dalam bentuk JPEG, di sini Kak Noor perturunkan sekali lagi resepinya.
Bahan-bahannya:
30 gram agar-agar bertali
3 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula – kalau nak manis lagi, boleh tambah
¾ cawan milo
¼ cawan serbuk koko
1 sachet Nescafe Ipoh White Coffee with Brown Sugar
Beberapa keping biskut oreo
Perasa coklat - opsyen
Cara-caranya:
- Basuh agar-agar terlebih dahulu. Masak agar-agar bersama-sama 3 cawan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
- Kemudian masukkan susu cair. Kacau sekejap.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian; satu bahagian dicampurkan dengan milo/coklat dan perasa coklat, dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan nescafe.
- Tuangkan bahahagian milo/coklat di dalam acuan. Apabila telah keras sedikit, tuangkan bahagian nescafe.
- Patah-patahkan biskut oreo menjadi kepingan kecil dan letak di atas lapisan agar-agar nescafe tadi.
- Akhir sekali, apabila lapisan nescafe telah keras sedikit, tuang bahagian milo/koko.
- Masukkan di dalam peti sejuk. Bila telah keras, bolehlah dipotong dan dihidangkan
Komentar
Posting Komentar