Jeruk Epal Asam Boi
Assalamualaikum ...
Jeruk ni mmg ada dimana2 sekarang ni kan.. meletop2di pasaran. Sejak mula lg keluar di FB ...akak mmg tak tahan tengok..ngencess gitu. Mangga segar kat gerai buah-buahan tu pulak cepat jer habis. Setakat hari ni dah masuk 3 kali akak buat tp semuanya Epal hijau . Sedap tapi cili padi letak sikit cukup yer ..
Jeruk Epal Asam Boi
Resepi : fb -tak pasti tuan punya
Bahan2
4 biji Epal Hijau ( nak kupas pon ok - tp akak tak kupas )
10- 15 biji Asam Boi
2 sb Gula
3 biji Cili padi
Cara2 nya
Buah dicuci dan dipotong . Masukkan buah bersama asam boi ,gula dan cili padi yang ditpotong halus. Biarkan didlm peti sejuk selama 4-5 jam.
Selamat Mencuba!
Komentar
Posting Komentar