Tapai Pulut


Asssalamualaikum dan salam sejahtera ,



Minggu lepas suami akak request nak makan tapai . Dia dah belikan semua bahan2. Dah lama tak buat tapai ni risau jugak,takut tak menjadi tapi buat jugak ...bukan apa nnt merajuk pulak org tuuu...hehehe
Alhamdulillah menjadi . Manisss gitu-apalagi en suami tu ..sekali hadap 10pcs ler .
Tapai ni bukan saja sedap dimakan begitu saja , malahan ia juga sedap jika dimakan dgn aiskrim / dgn susu lembu . Klau nak rasa boleh try resepi kat bawa ni dan rasalah sendiri.
Bahan2nya pon tak banyak . Caranya pon simple sangat.

Tapai Pulut
Sumber; Dapurmamasya
Dikongsi oleh; kaknita

Bahan-bahannya
1/2 kg beras pulut - rendam 1 mlm
1/3 biji ragi-hancurkan/tumbuk halus
bekas yg secukupnya utk isi tapai@daun pisang/daun getah




Cara

  • Tapis dan kukus pulut.
  • Selepas seketika dlm 5 min,pulut dah agak keras...renjis dg air sejuk.kukus lagi hingga wapnya keluar dari tutup periuk.
  • Angkat dan masukkan dlm besen, siram air panas 1 cwn.kacau biarkan seketika.
  • Kukus semula sehingga asap keluar byk dr tepi tutup periuk....tanda pulut masak.
  • Sejukkan pulut...pastikan pulut betul sejuk sebelum langkah seterusnya.nanti tapai jadi merah(gambar no.1)
  • Hancurkan ragi ( gambar no.2)dan ayak ragi dgn penapis atas pulut. kacau rata(gambar no.3)
  • Bungkus tapai dg daun pisang atau daun getah (gambar no.5) atau isikan dlm bekas kecil.
  • Simpan/Peram tapai dlm bekas tertutup samada dlm periuk/bekas besar atau masukkan dlm bekas tupperware tertutup (gambar no 6)dan simpan dlm kotak.Jgn buka sehingga 2 mlm . barulah boleh makan....
ni pulak tapai dibalut dgn daun getah --beli punye..50sen/pc


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung