Mexican Bun




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Adussss....lama tul tak update kannn....Alhamdulillah , hari ni ada sikit kesempatan utk menulis sikit.
Bun ni dah lama buat. Geram tengok org len dok buat maka terpanggillah utk mencuba . Alhamdulillah tak mengecewakan walaupon uli tangan jer yer... dan insyaallah boleh improve lagi dan lagi ..Kebetulan stok kopi tinggal sikit ,so color dia jd kureng gelap la sikit kalu nak dibandingkan dgn Mexican bun yg asal.
Terima kasih EmilaPuteri sbb share resepi ni.

Mexican Bun
Sumber : emiliaputeri
Bahan-bahan (17 biji bun) - saya buat separuh adunan

i) Filling

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar


ii) Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum


iii) Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega


Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti


  1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.
  2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan telur dan air/susu segar.
  4. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  5. Leperkan dough di atas tapak tgn dan letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  6. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  7. Rehatkan selama 45 min di tempat panas (saya biar sahaja atas meja).

  8. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center. 
  9. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung