Agar-agar Santan Gula Merah, menggunakan Santan Sawit KHALIS. Memang Sedap...
Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar tali 30 gm
3 cawan air
I biji telur gred A
¾ cawan gula pasir
1 cawan air gula merah (masak ½ cawan gula merah dengan ½ cawan air dan tapis)
2 cawan santan sawit KHALIS
1 helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara-caranya:
1.Basuh agar-agar dan masak bersama 3 cawan air sehingga agar-agar hancur.
2.Masukkan gula putih dan daun pandan, dan masak sehingga gula hancur.
3.Sementara itu blend santan, air gula merah, telur, garam hingga sebati.
4.Masukkan bahan yang diblend ke dalam agar-agar tadi. Gunakan api perlahan. Kacau rata dan tunggu hingga mendidih.
5. Tutup api dan masukkan dalam acuan. Sejukkan di luar seketika dan simpan di dalam peti ais.
Syukur Alhamdulillah, esok cuti. Memang amat dinanti-nantikan. Bolehlah bersengkang mata meluangkan masa untuk muatkan N3 malam ini. Kita tunda kerja rumah malam ini, esokkan masih ada masa untuk membuatnya. Esok dan lusa telah penuh jadual. Esok perlu disiapkan tempahan tart nanas, order daripada kawan lama. Selepas itu nak siapkan keperluan persekolahan dua anak Kak Noor yang akan mula bersekolah pada hari Isnin ini; seorang di Tingkatan 5 dan seorang lagi di Tahun 6.
Kalau kerja beres cepat, nak jengok-jengok juga mempelam lemak di pasar sebab ada kawan yang minta tolong buatkan mempelam asam boi untuknya. Bolehlah juga Kak Noor tumpang sekaki. Hari tu semasa viral mempelam asam boi, Kak Noor tak ketinggalan membuatnya. Agih-agihkan untuk kudapan di rumah, kawan-kawan pejabat dan kawan-kawan yang menempah.
Biasalah apabila telah sibuk dengan kerja rumah, maka masa untuk mengadap komputer dan memuatkan N3 amatlah terhad. Perlu tunggu masa yang santai untuk melakukan ini semua. Apapun malam ini Kak Noor mesti terbitkan juga resepi ini.
Resepi yang nak dikongsi malam ini biasa-biasa sahaja iaitu Agar-agar Santan Gula Merah. Semua orang pernah membuatnya. Cuma Kak Noor yang jarang-jarang membuatnya, sedangkan ia faveret Kak Noor sejak zaman kanak-kanak lagi.
Terjumpa resepi ini dalam FB yang diposkan oleh CTHajar; itulah nama yang tercatat pada resepi yang diposkan. Banyak juga resepi CTHajar yang sedap-sedap belaka dan telah dicuba oleh Kak Noor.
Agar-agar Santan Gula Merah adalah salah satu resepi yang telah dicuba oleh Kak Noor, dan hasilnya tidak mendukacitakan. Kejadiaanya sempurna sekali. Encik Hasben dan anak-anak pun menyukainya.
Adunan ini menghasilkan dua bekas agar-agar dengan menggunakan acuan agar-agar bentuk bulat berukuran 7 inci. Sepulang dari pejabat petang tadi, kedua-dua bekas tu dah tak nampak rupanya. Dah selesai...
Jom kita tengok resepinya. Ada dua versi. Satu versi dalam bentuk gambar dan satu lagi dalam bentuk catatan.
Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar tali 30 gm
3 cawan air
I biji telur gred A
¾ cawan gula pasir
1 cawan air gula merah (masak ½ cawan gula merah dengan ½ cawan air dan tapis)
2 cawan santan sawit KHALIS
1 helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara-caranya:
1.Basuh agar-agar dan masak bersama 3 cawan air sehingga agar-agar hancur.
2.Masukkan gula putih dan daun pandan, dan masak sehingga gula hancur.
3.Sementara itu blend santan, air gula merah, telur, garam hingga sebati.
4.Masukkan bahan yang diblend ke dalam agar-agar tadi. Gunakan api perlahan. Kacau rata dan tunggu hingga mendidih.
5. Tutup api dan masukkan dalam acuan. Sejukkan di luar seketika dan simpan di dalam peti ais.
Komentar
Posting Komentar