Ayam Kicap Manis Pedas,
Assalamualaikum.
Masakan yang agak ringkas, cuma wajib ada bahan utama iaitu daging ayam, cili padi, dan kicap manis. Untuk ayam masak kicap ini Kak Noor guna kicap cap Mudim. Bukan nak promote, tetapi kicap Mudim ni memang sedap; pekat dan manis. Produk Melayu, Kedah mai.. Tapi bukan semua pasar raya menjualnya. So far pernah beli di Tesco Ampang dan juga Mydin Mall, Subang Jaya.
Bahan-bahannya:
10 - 12 ketul ayam potongan kecil - dibuang kulit
2 tangkai daun kari
1 biji tomato muda - dibelah 4
1 biji cili merah } - dibelah dua tidak putus
1 biji cili hijau }
2 biji bawang besar - dipotong gegelang
1/2 botol kicap manis
2 - 3 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar/ditumbuk kasar:
10 biji cili padi (cili padi merah + cili padi hijau)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara memasak:
Hari ini baru sempat masukkan N3 ayam kicap manis pedas. Sesiapa yang masih terfikir-fikir apakah yang hendak dimasak untuk tengah hari ini bolehlah jadikan menu ini untuk hidangan tengah hari.
Masakan yang agak ringkas, cuma wajib ada bahan utama iaitu daging ayam, cili padi, dan kicap manis. Untuk ayam masak kicap ini Kak Noor guna kicap cap Mudim. Bukan nak promote, tetapi kicap Mudim ni memang sedap; pekat dan manis. Produk Melayu, Kedah mai.. Tapi bukan semua pasar raya menjualnya. So far pernah beli di Tesco Ampang dan juga Mydin Mall, Subang Jaya.
Seperti biasa untuk resepi, skrol di bawah ye.
Bahan-bahannya:
10 - 12 ketul ayam potongan kecil - dibuang kulit
2 tangkai daun kari
1 biji tomato muda - dibelah 4
1 biji cili merah } - dibelah dua tidak putus
1 biji cili hijau }
2 biji bawang besar - dipotong gegelang
1/2 botol kicap manis
2 - 3 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar/ditumbuk kasar:
10 biji cili padi (cili padi merah + cili padi hijau)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing dan naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam dan kaupbalikkan dengan bahan-bahan tumisan tadi sehingga rata. Biarkan ayam mereneh di atas dapur lebih kurang 5 minit. Gunakan api yang sederhana. Semasa proses mereneh ini daging ayam akan mengeluarkan air.
3. Tuang kicap secukupnya dan kacau rata. Masukkan dua cawan air. Masak di atas dapur sehingga kuah mendidih dan ayam empuk.
4. Untuk memekatkan kuah kicap, bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuang di dalam kuah kicap tadi. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Sejurus sebelum tutup api, masukkan buah tomato, cili merah dan cili hijau.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Komentar
Posting Komentar