Agar-agar Coklat Lapis Kopi Hazelnut
Assalamualaikum.
Hari ini eksperimen buat Agar-agar Coklat Lapis Kopi Hazelnut. Resepi ini diolah berpandukan kepada pelbagai resepi agar-agar berasaskan coklat yang Kak Noor jumpa semasa blog walking.
Sebenarnya agar-agar coklat lapis kopi hazelnut ini lebih kurang sama saja penyediaannya dengan agar-agar berunsurkan coklat yang lain. Cuba ditokok tambah, dan diubah suai dari segi penggunaan bahan, maka jadilah satu resepi baharu.
20 gram agar-agar tali
1000 ml air
150 gm gula
1 tin (400 gm) susu cair (susu sejat)
1 cawan serbuk koko
1 sachet white coffee hazelnut
Beberapa biskut coklat dihancur kasar menjadikannya 100 gram
Cara-caranya:
- Basuh agar-agar, kemudian toskan.
- Masukkan dalam periuk bersama 1000ml air dan masak sehingga agar-agar larut.
- Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut.
- Selepas itu masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
- Asingkan dua cawan ke dalam periuk lain dan campurkan serbuk koko. Kacau sehingga sebati dan larut sepenuhnya. Untuk adunan yang masih tinggal di dalam periuk, campurkan satu sachet white coffee hazelnut dan kacau rata sehingga larut.
- Seterusnya tuang adunan campuran white coffee hazel nut dalam acuan dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sementara itu panaskan campuran koko dengan api paling kecil supaya adunan tidak membeku.
- Bila lapisan white coffee hazelnut di dalam peti sejuk tadi agak keras sedikit, tuang semua adunan koko, tabur biskut coklat crush, dan masukkan ke dalam peti sejuk semula sehingga keras.
Komentar
Posting Komentar