Ikan Cencaru Belah Belakang @ Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Assalamualaikum.
Bahan A:
Ikan Cencaru Sumbat Sambal, menu ini tidak sekerap menu-menu yang selalu dimasak dan dihidang oleh Kak Noor untuk keluarga walaupun semua menggemarinya termasuklah Kak Noor sendiri. Tetapi bila sesekali memasaknya, Kak Noor akan pastikan setiap orang akan puas menikmatinya.
Ini pun permintaan daripada anak lelaki Kak Noor yang tinggal jauh di perantauan. Teringin sangat nak makan ikan cencaru sumbat sambal yang dimasak oleh bondanya sendiri. Pesannya kalau datang melawatnya nanti, jangan lupa bawa ikan sambal.
Ikan boleh dibelah di kedua-dua belah belakangnya untuk disumbat sambal. Kak Noor lebih suka cara ini kerana boleh sumbat banyak sambal; dua-dua belah ada sambal. Ada juga yang hanya menyumbatnya sebelah sahaja.
Kebiasaannya Kak Noor menggunakan method menggoreng sahaja. Tetapi sekiranya menggunakan oven, lebih sedap ikan dibungkus dahulu dengan daun pisang atau daun kunyit. Letakkan sedikit mentega/margerin di atas ikan dan di atas dulang.
Bahan A:
10 ekor ikan cencaru - dibasuh bersih dan digaramkunyitkan.
½ biji buah tomato – diracik kecil
1 sudu besar pati asam jawa XTRA ADABI
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula putih
4 biji limau kasturi – diambil jusnya
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis pes sambal dan menggoreng ikan sambal
Bahan B:
5 senduk nasi cili kering yang telah dikisar
5 biji cili merah – buang biji
2 biji bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
½ biji buah tomato
2 inci belacan bakar
Segenggam ikan bilis yang telah dikopek
2 inci halia
2 batang serai
(Satukan semua bahan B dan diblend tanpa menggunakan air – menggunakan chopper blender)
½ biji buah tomato – diracik kecil
1 sudu besar pati asam jawa XTRA ADABI
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula putih
4 biji limau kasturi – diambil jusnya
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis pes sambal dan menggoreng ikan sambal
Bahan B:
5 senduk nasi cili kering yang telah dikisar
5 biji cili merah – buang biji
2 biji bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
½ biji buah tomato
2 inci belacan bakar
Segenggam ikan bilis yang telah dikopek
2 inci halia
2 batang serai
(Satukan semua bahan B dan diblend tanpa menggunakan air – menggunakan chopper blender)
Cara-caranya:
1. Ikan cencaru dibelah di kedua-dua belakangnya atau sebelah sahaja. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan B dan diblend tanpa menggunakan air. Lebih mudah menggunakan chopper blender.
3. Masukkan minyak secukupnya di dalam kuali. Gunakan api sederhana. Tumis bahan-bahan B sehingga sambal masak sekata/pecah minyak. Kemudian masukkan tomato yang diracik, gula merah, gula putih, pati asam jawa, dan jus limau kasturi. Masak lagi sehingga kering dan sedikit garing. Tutup api.
4. Ambil ikan cencaru. Sumbat sambal yang telah dimasak tadi di kedua-dua belah belakang ikan.
5. Panaskan minyak. Goreng sehingga masak, kemudian ditoskan. Boleh juga bakar ikan ini di dalam oven. Balut ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Letak sedikit mentega/margerin di atas ikan dan di atas dulang. Guna api bawah suhu 180 selama 35 minit atau sehingga ikan masak.
6. Hidangkan bersama nasi putih. Sedap dimakan bersama nasi panas.
Komentar
Posting Komentar