Kek Pisang Berangan, juadah untuk minum petang
Assalamualaikum.
Bahan-bahannya:
8 biji pisang berangan – dilecek @ diblend tanpa air
1 @ 2 biji pisang berangan – dihiris nipis untuk hiasan
4 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung - Kak Noor tambah
1 sudu teh baking powder
¾ cawan butter cair
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla - (kalau ada esen pisang lagi wangi)
½ sudu kecil garam halus
Penyediaannya:
1. Pisang dilecek lumat @ diblend tanpa menggunakan air dengan menggunakan chopper blender.
2. Tuangkan pisang lecek dalam bekas lain. Campurkan garam dan juga soda bikarbonat. Gaul rata dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan susu tepung. Ketepikan.
4. Cairkan butter menjadikannya ¾ cawan.5. Sediakan loyang. Saya guna loyang spring foam 10 inci. Alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan dengan sedikit butter.
Cara Membuatnya:
1. Dalam bekas pemutar, masukkan telur bersama gula dan esen vanilla. Putar sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan butter cair dan putar lagi.
3. Tuangkan adunan pisang dan putar lagi.
4. Selepas itu masukkkan tepung dan putar lagi menggunakan kelajuan yang rendah, diikuti dengan kelajuan yang sederhana sehingga adunan bercampur sempurna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Hiaskan dengan kepingan pisang.
6. Bakar dalam dalam ketuhar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
7. Untuk pastikan pastikan kek telah masak atau belum, cucuk tengah kek dengan lidi atau chopstick. Jika keluar kering, maknanya kek telah cukup masak. Jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
Ini adalah cubaan pertama membuat kek pisang. Memang selama ini tak pernah pun nak cuba membuat kek pisang. Sesekali kalau teringin nak makan beli aje kat kedai. Lagipun murah aje, satu buku saiz panjang harganya baru RM6. Tak tahulah kalau sekarang harga telah naik, sebab telah agak lama Kak Noor tak beli kek pisang.
Disebabkan pisang yang dibeli di pasar malam dua hari lalu masih berbaki, maka hari ini terfikir nak buat kek pisang. Biasalah kalau perlu resepi, blogwalking di blog rakan-rakan, tengok mana-mana resepi yang berkenaan. Tak rasmi blogwalking kalau tak singgah di blog Azlita Masam Manis. Kat sana banyak resepi yang sedap-sedap. So... terpikat dengan resepi Kek Pisang Lembut yang dihidangkan di sana. Melihat kepada gambar kek, ternyata tekstur kek nampak lembap dan lembut. Mesti sedap ni.... Apa kata kita cuba resepi ini. Harap-harap tu menjadilah.
Resepi kek pisang Azlita menggunakan pisang emas. Tetapi Kak Noor guna pisang berangan sebab stok pisang berangan tersedia ada di rumah. Dua hari lalu beli di pasar malam dan masih berbaki. Kalau tunggu sehari lagi mahu pisang bertukar warna dan tak boleh dimakan lagi. Untuk bahannya pula Kak Noor tambah sedikit susu tepung.
Bagi memudahkan proses melecek pisang, Kak Noor guna blender chopper. Masukkan pisang dan blend tanpa menggunakan air. Mudah dan pantas.
Acuan pula Kak Noor guna jenis springform 10 inci. Dah banyak kali guna acuan ini untuk adunan kek, mudah sangat. Bila kek dah masak, letakkan di atas bekas yang sesuai, kemudian release clip pada acuan. Kek tak lekat di dinding acuan dan mudah dikeluarkan.
Hm... nak tulis apa lagi ye? Rasanya cukup di sini sahaja coretan Kak Noor. Jom kita tengok resepi Kak Pisang Berangan ini. Tak banyak perbezaannya dengan resepi Kek Pisang Lembut di blog Azlita Masam Manis.
Bahan-bahannya:
8 biji pisang berangan – dilecek @ diblend tanpa air
1 @ 2 biji pisang berangan – dihiris nipis untuk hiasan
4 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung - Kak Noor tambah
1 sudu teh baking powder
¾ cawan butter cair
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla - (kalau ada esen pisang lagi wangi)
½ sudu kecil garam halus
Penyediaannya:
1. Pisang dilecek lumat @ diblend tanpa menggunakan air dengan menggunakan chopper blender.
2. Tuangkan pisang lecek dalam bekas lain. Campurkan garam dan juga soda bikarbonat. Gaul rata dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan susu tepung. Ketepikan.
4. Cairkan butter menjadikannya ¾ cawan.5. Sediakan loyang. Saya guna loyang spring foam 10 inci. Alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan dengan sedikit butter.
Cara Membuatnya:
1. Dalam bekas pemutar, masukkan telur bersama gula dan esen vanilla. Putar sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan butter cair dan putar lagi.
3. Tuangkan adunan pisang dan putar lagi.
4. Selepas itu masukkkan tepung dan putar lagi menggunakan kelajuan yang rendah, diikuti dengan kelajuan yang sederhana sehingga adunan bercampur sempurna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Hiaskan dengan kepingan pisang.
6. Bakar dalam dalam ketuhar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
7. Untuk pastikan pastikan kek telah masak atau belum, cucuk tengah kek dengan lidi atau chopstick. Jika keluar kering, maknanya kek telah cukup masak. Jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.
Komentar
Posting Komentar