Ayam Kicap 3 Rasa
Assalamualaikum.
(Oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda)
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam organik - dipotong kecil
1 biji tomato dipotong wedges
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar kismis
1 sudu besar madu
Kicap manis dan kicap masin secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan tumis:
2 tangkai daun kari
1 batang serai dititik
1 inci halia - diketuk
Bahan-bahan ditumbuk atau dikisar kasar (guna blend chopper):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
8 biji cili padi merah
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari, serai, dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan bahan kisar dan kacau rata sehingga bahan-bahan kisar kekuningan.
3. Selepas itu masukkan cili kering kisar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau lagi sehingga naik bau.
4. Selepas cili nampak garing, masukkan ayam. Kaup balikkan ayam sehingga bergaul mesra. Masukkan air secukupnya. Biar ayam mereneh di atas dapur dengan api perlahan.
5. Bila ayam telah empuk, masukkan gula merah, madu, kismis, kicap manis dan kicap masin. Gaul rata dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
6. Untuk memekatkan kuah, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam kuah kicap tadi dan kacau.
7. Sebelum tutup api, masukkan bawang besar yg dipotong bulat, buat tomato, dan daun sup.
8. Sedia untuk dihidangkan
Ayam Kicap 3 Rasa ini Kak Noor masak kelmarin pagi sebelum Kak Noor berangkat ke tempat kerja. Ada kelainan sedikit ayam masak kicap 3 rasa ini. Banyak kombinasi bahan-bahannya. Ye lah, kalau masak kicap biasa, jemulah pula. Dah biasa sangat masak kicap yang ringkas gitu... anak-anak pun tak berselera nak makan.
So apa kata kita olah resepi biasa yang sedia ada kepada satu resepi baharu yang ada kelainan rasanya. Kalau bab nak olah resepi ini, suka sangat Kak Noor ni. Bereksperimen dan try & error dengan menu-menu asal. Bukan dalam bidang sains sahaja kita buat eksperimen, tetapi dalam bidang masakan pun kita boleh juga. Maka hasilnya, terciptalah satu resepi baharu.
Ayam Kicap 3 Rasa ini, masakannya ala mamak style sebab menggunakan daun kari untuk menumis. Di samping itu ada juga campuran rempah untuk memberi kelainan kepada masakan ini.
Nak tahu sendiri apa rasanya? Cuba masak menggunakan resepi di bawah ini.
Resepi Ayam Kicap Rasa(Oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda)
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam organik - dipotong kecil
1 biji tomato dipotong wedges
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar kismis
1 sudu besar madu
Kicap manis dan kicap masin secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan tumis:
2 tangkai daun kari
1 batang serai dititik
1 inci halia - diketuk
Bahan-bahan ditumbuk atau dikisar kasar (guna blend chopper):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
8 biji cili padi merah
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari, serai, dan halia sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan bahan kisar dan kacau rata sehingga bahan-bahan kisar kekuningan.
3. Selepas itu masukkan cili kering kisar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau lagi sehingga naik bau.
4. Selepas cili nampak garing, masukkan ayam. Kaup balikkan ayam sehingga bergaul mesra. Masukkan air secukupnya. Biar ayam mereneh di atas dapur dengan api perlahan.
5. Bila ayam telah empuk, masukkan gula merah, madu, kismis, kicap manis dan kicap masin. Gaul rata dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
6. Untuk memekatkan kuah, bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam kuah kicap tadi dan kacau.
7. Sebelum tutup api, masukkan bawang besar yg dipotong bulat, buat tomato, dan daun sup.
8. Sedia untuk dihidangkan
Komentar
Posting Komentar