Mieng Kham
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mieng Kham adalah hidangan pembuka selera yang berasal dari negara Thailand. Kombinasi rasa masam , manis dan lemak mmg sgt membuka selera . Kak nita boleh makan berhelai2 daun ni ...sama juga dgn En suami dan Luqman . Kuah ringkas ni adalah percubaan pertama yang dapat dr blog
Bila siap diisi bahannya lipat mcm kita lipat sireh tu , pastu ngap ..jgn lupa bismillah tau..
permatahatimy.Terdapat pelbagai resepi kuah kalu digoggle , cthny dlm blogcikmanggis. Nnt len kali kita cuba resepi kuah yg lain pula ye...
Mieng Kham
Sumber 1:permatahatimy
Sumber 2 : cikmanggis
Bahan-bahannya:(Filling)
Cili padi-potong kecik.
Kacang tanah-goreng tanpa minyak.
Isi kelapa (warna merah dan putih tu ada jual dikedai)
Halia muda-potong kecik.
Limau kasturi-potong kecik-dengan kulitnya.
Bawang merah-cincang (Cm guna bawang besar)
Udang kering-goreng tanpa minyak.
Bhn2 Kuah
2-3 ketul gula kabung
1 mug air
2 bawang putih - tumbuk tak perlu hancur
3 bawang merah- tumbuk tak perlu hancur
1 serai - ketuk
3-7 sudu makan sos ikan (ikut suka)
3 sudu gula pasir
sedikit tepung jagung -knita tambah
*** masak dengan api kecil sehingga pekat dan bawang bertukar warna jernih seperti halwa. Kalau menggunakan api kuat, berjaga-jaga sebab kuah akan meruap. Jika kuah menjadi pekat apabila sejuk, tambah sahaja dengan air panas.
Saya suka aroma ketika memasak kuah mieng kham.
Bila siap diisi bahannya lipat mcm kita lipat sireh tu , pastu ngap ..jgn lupa bismillah tau..
RM 1 seikat ni |
Komentar
Posting Komentar