RENDANG AYAM TUMIS BONDA

Assalamualaikum dan Selamat Menjamu Selera


Menu tengah hari ini special request daripada hasben dan anak-anak. Sebenarnya ada dua opsyen untuk menu tengha hari ini, sama ada ayam masak merah ataupun rendang ayam. Kalau ikutkan anak-anak dua-dua menu mereka gemar. Tapi kalau ikutkan Encik Hasben, lebih prefer Rendang Ayam. Kalau ayam masak merah, penyediaan bahan-bahannya agak ringkas jika dibandingkan dengan rendang.



Rendang Ayam Tumis Bonda ini adalah olahan Kak Noor berpandukan koleksi rendang yang sedia ada. Just tokok tambah bahan-bahan untuk menghasilkan menu rendang yang menepati citarasa keluarga. 




Rendang ini tidak menggunakan cili kering ye; cuma gunakan cili hijau, cili merah, dan cili padi sahaja. Untuk menaikkan aroma rendang ayam ini, Kak Noor tambah rempah-rempahan. Ternyata rasanya memang marvellous.

Kalau nak tahu sedap atau tidak dan ingin merasanya sendiri, cubalah masak berpandukan resepi di bawah.

Bahan-bahannya:
2 ekor ayam organik – dipotong ikut suka
3 batang serai – dititik
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 cawan santan sawit KHALIS + 1 ½ cawan air
100 gram kerisik
Beberapa helai daun limau purut – dibuang urat tengahnya
3 helai daun kunyit – dipotong halus
2 – 3 keping asam gelugor
2 sudu besar gula merah
Gula putih dan garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan kisar A:
8 biji cili hijau – dibuang biji
6 biji cili merah – dibuang biji
8 biji cili padi

Bahan-bahan kisar B:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
20 gram kunyit hidup
10 gram halia
20 gram lengkuas

Bahan-bahan C (dibancuh menjadi pes):
2 sudu besar rempah daging
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar rempah 5 spices
Sedikit air

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis serai, kulit kayu manis, dan bunga lawang. Bila naik bau masukkan bahan A. Kacau seketika dan masukkan bahan B, diikuti dengan bahan C. Masak sehingga naik bau dan terbit minyak. 

2. Masukkan ayam dan kaupbalikkan sehingga bercampur dengan bahan-bahan tumisan tadi. Biarkan seketika mereneh di atas dapur dengan api perlahan selama 10 minit. 

3. Kemudian masukkan santan bersama 1 ½ cawan air dan kacau rata. Masukkan kerisik, gula merah, gula putih, garam, asam gelugor, daun kunyit, dan daun limau purut. 

4. Biarkan ayam mereneh di atas dapur dengan api sederhana. Selepas ayam masak dan kuah sedikit pekat, barulah ditutup api.

Nota:
Bagi sesiapa yang berminat untuk berkongsi resepi ini dan mengeposkannya di mana-mana blog atau FB, sila beri kredit kepada Sajian Dapur Bonda dan catatkan link resepi ini. Terima kasih.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung