LALA MASAK PEDAS, MASAM & MANIS
Assalamualaikum.
Letih seharian tidak terkira selepas kembali ke teratak KL semalam setelah empat hari berada di Utara beraya bersama bonda dan sanak saudara. Walaupun `pilot' adalah Encik Hasben, tetapi co-pilot pun letih juga kerana bersengkang mata menemani Encik Hasben di sepanjang perjalanan.

Kebiasaannya Kak Noor akan ambil cuti extra 1 hari untuk berehat di rumah sebelum masuk kerja. So dapatlah mendobi pakaian-pakaian yang terhimpun selama 4 hari 3 malam itu. Selepas membasuh, proses mengutip, melipat, dan menyusun pula. Aduhai letihnya.... masa jalan seronok le...
Letih membereskan kerja rumah, ertinya nak masak untuk makan tengah hari pun dah tak berapa bersemangat. Bila tanya Encik Hasben dan anak-anak, dia orang pun masih kenyang bersarapan dengan nasi lemak pagi tadi. So semua tak nak makan tengah hari ini. Alhamdulillah... so dapatlah berehat sebentar dan masak di sebelah petang.

Sehari sebelum pulang berhari raya di Utara Jumaat lalu, sempat beli lauk pauk di pasar raya Mydin Subang Jaya, dan terus disimpan di dalam peti sejuk, sehingga terlupa lauk apa yang telah dibeli. Bila check balik, adalah siput lala. Teringat hari itu semasa di pasar raya Mydin, anak lelaki Kak Noor minta belikan sebab katanya ibu dah lama tak masak siput lala untuknya. Teringin nak makan.
Anak-anak Kak Noor gemar makan siput lala ini bila masak sweet & sour, dan mesti ada rasa pedas. Inilah resepi yang Kak Noor gunakan untuk memasak siput lala ini.
Bahan-bahannya:
600 gm siput lala
3 ulas bawang putih - diblend / ditumbuk kasar
1 inci halia - diblend / ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dihiris
1 batang serai - diititik
5 - 7 biji cili padi hijau - dipatahkan
1 biji tomato - dipotong kiub
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pedas
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa - sekiranya perlu
Daun bawang/Daun saderi/Batang saderi
Minyak secukupnya untuk menumis.
Cara-caranya:
1. Siput lala direndam di dalam air seketika. Kemudian basuh sehingga tiada pasir. Toskan.
2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Masukkan serai, diikuti dengan bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan naik bau.
3. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan cili padi. Goreng sehingga bawang layu.
4. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili menjadi garing/terbit minyak. Kemudian masukkan 1/2 cawan air, diikuti dengan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pedas, tomato, gula dan sedikit garam. Kacau rata dan tunggu sehingga kuah mendidih.
5. Selepas itu masukkan lala dan kacau rata. Tutup seketika dengan tudung periuk. Bila telah mendidih, kaupbalikkan lala supaya masak serata.
6. Tutup api dan masukkan daun bawang/daun saderi/batang saderi. Gaul rata.
7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
Komentar
Posting Komentar