Rendang Kerang



Assalamualaikum..



Dulu-dulu kak nita  xpenah buat rendang selain daging dan ayam tapi sekali cuba rendang kerang - jadi sedap la pulak. Terima kasih kak noor dr sajian dapur bonda sbb sudi share resepi ni.
Setakat ni dah 2-3 kali buat ...cepat sgt habis .tambah2 buat basah gini ..
So, kalu sesapa nak cuba tu boleh semak resepi kat bawah ni.


Rendang Kerang
Sumber 1: sajiandapurbonda.
Sumber 2: kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya:
1 kg. isi kerang rebus
500 gram santan pekat
350 gram kerisik
200 gram halia muda – dihiris
1 batang serai – dititik/diketuk
2 – 3 keping asam gelugor
2 – 3 helai daun limau purut – disiat
6 helai daun kunyit – dihiris halus
5 helai daun limau purut – dihiris halus-knita xletak
Garam dan gula  secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan Kisar Halus:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 – 4 ruas kunyit hidup
2 inci halia tua
2 inci lengkuas
3 batang serai
3 senduk cili kering kisar-knita letak 1 1/2 senduk je..
4 – 5 biji cili padi merah-knita letak cili padi hijau (dlm 10biji) 
Air secukup untuk mengisar

Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia muda yang telah dihiris dan goreng sehingga kekuningan dan layu.
  2. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Tuangkan santan. Masukkan daun limau purut yang disiat dan serai yang dititik dan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan isi kerang. Setelah kuah rendang agak kering, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan hirisan daun limau purut. Kacau lagi dan biarkan ia mereneh seketika di atas dapur.
  6. Bila telah menepati citarasa dan setelah minyak timbul dipermukaan kuah rendang, bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi panas, dan dicicah dengan ketupat pulut, lemang, dan ketupat nasi.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung