`IBU BUAT ROTI TAK MALAM NI'...
Assalamualaikum.
`IBU BUAT ROTI TAK MALAM INI', tajuk yang ada kaitan dengan permintaan anak perempuan bongsu Kak Noor, Asilah yang berusia 12 tahun. Katanya tak puas makan. Roti dah habis dimakan oleh abang. `Shila dapat makan sikit aje'.
Boleh dikatakan setiap hari sepulangnya dari kerja, itulah soalan yang diajukan. Alahai ... letihlah ibu, ingat balik kerja sebelah malam nak santai dan rehat saja, tak nak buat apa-apa. Tapi permintaan anak-anak, rasa sedih pula kalau tidak ditunaikan.
Sejak ibu dah berjinak-jinak dengan projek membuat roti ini, hari-hari anak request supaya ibu buat roti. Tak jemu mereka makan roti. Anak-anak Kak Noor suka makan roti sosej. Memanglah bila buat roti sendiri banyak 'aksesori' boleh letak ikut citarasa. Sedap dimakan ketika masih panas; `Fresh from oven'.
Sebenarnya Kak Noor tak pernah menyertai mana-mana kelas membuat roti. Hanya melalui resepi yang dikongsi oleh kawan-kawan melalui FB dan blog, dan menonton video cara-cara membuat roti yang diupload dalam You Tube.
Nasib baik ada mixer heavy duty di rumah. Ringanlah beban tangan ini. Kalau nak ikutkan uli dengan tangan memang tak berkudrat. Setiap kali buat Kak Noor guna 500 gm tepung protein. 100% penggunaan tepung protein ye. Ada juga resepi roti yang menggunakan campuran tepung protein dan sedikit tepung gandum.
Selalunya Kak Noor akan buat ban sosej untuk anak-anak dan ban berinti kacang bean untuk Encik Hasben. Ban-ban ini akan `clear' dalam masa sehari sahaja. Of course le.. kalau dah ada roti, asyik makan roti aje sehingga dah `terlupa' makan nasi.
Dari sehari ke sehari Kak Noor cuba menghasilkan roti yang terbaik untuk keluarga, walaupun mungkin tidak setanding dengan roti yang dihasilkan oleh sifu-sifu yang memang telah glamour dan mempunyai skil yang hebat dalam bidang bakeri.
Pun begitu, syukur Alhamdulillah, dalam usia menjangkau 50 tahun baru dapat berjinak-jinak dan menghasilkan roti dengan tangan sendiri untuk keluarga. Dengan bantuan penggunaan pelembut roti K-Fine Cream yang dijual secara online oleh rakan FB dan blogger Maestro Ateh Wan, roti yang dihasilkan memang lembut. So sesiapa yang nak order K-Fine Cream ini bolehlah PM FB Maestro Ateh Wan. Beliau juga adalah pengasas dan admin kepada Group Resepi Otai (GRO).
Untuk resepi, Kak Noor rasa banyak lagi resepi roti yang hebat-hebat yang diposkan oleh sifu-sifu yang hebat dalam bidang bakeri dalam FB dan juga blog. Kak Noor cuma menggunakan resepi asas ban biasa sebagai rujukan, dan dalam masa yang sama cuba bereksperimen bagi mendapatkan roti yang perfect dan memenuhi citarasa Kak Noor dan ahli keluarga. Practice make Perfect' so do not give up.
Komentar
Posting Komentar