Menu Tengah Hari: Ayam Sambal Kismis dan Kacang Buncis Goreng Kicap

Assalamualaikum.
Just nak kongsi menu tengah hari tadi. Dua menu yang ringkas; lauk dan sayur. Memenuhi selera Si bongsu perempuan yang dah seminggu request nak makan ayam sambal masakan ibu. 


Kebiasaannya bila masak ayam sambal untuk keluarga, mesti ada rasa pedas dan manisnya. Kali ini Kak Noor masukkan kismis yang diblend bersama bahan-bahan kisar lain. Memang ada kelainan rasanya kalau kita masukkan kismis. Kalau sambal tak rasa manis, anak-anak mesti komplen. Tapi bagai sesetengah orang tak suka manis, suka rasa pedas yang kaw-kaw punya.



Sejak dari kecil lagi, kalau makan ayam sambal manis bersama nasi putih, mesti ada penyedapnya iaitu kicap masin. Bukan kicap manis ye… sebab sambal tu dah manis. So kita naturalkannya dengan kicap masin pula. Ingat Kak Noor aje suka stail macam ini, rupa-rupanya anak-anak semua pun sama.




Di sini Kak Noor kongsikan dua resepi menu hari ini iaitu Ayam Sambal Kismis dan Kacang Buncis Goreng Kicap. Semuanya enak-enak belaka. Laju aje makan...




Ayam Sambal Kismis
Oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam organik – saiz dipotong ikut suka
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin ENAQ
1 sudu KFC perencah TUMIX kuah
2 cawan air
2 sudu besar gula perang
Garam secukupnya

Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai – dititik
Minyak secukupnya daripada gorengan ayam

Bahan-bahan diblend:
3 senduk nasi cili kering kisar 
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Segenggam kismis
1 cawan air

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
2. Masukkan minyak gorengan ayam secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis serai dan bawang besar. Bila bawang besar telah bertukar kekuningan, masukkan bahan-bahan yang telah diblend. Gunakan api perlahan dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak.
3. Selepas terbit minyak masukkan dua cawan air dan kacau rata. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap masin ENAQ, perencah TUMIX kuah, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
4. Bila kuah telah mendidih dan telah cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi. Kaupbalikkan sehingga ayam dan sambal bergaul rata. Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi. Tutup api dan taburkan kismis.


Kacang Buncis Goreng Kicap
Oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:
Kacang Buncis
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Beberapa biji bebola ikan – dihiris 
1 sudu besar kicap masin Enaq
1 sudu besar kicap pedas Enaq
Gula secukup rasa
1 biji cili merah – dihiris
Daun sup/daun bawang
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskanya minyak di dalam kuali. Masukkan hirisan bebola ikan. Goreng sehingga bebola ikan sedikit garing. Kemudian baru masuukan hirisan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang bertukar kekuningan.
2. Masukkan kacang buncis, kicap masin, kicap pedas dan gula secukup rasa. Kaup balikkan sehingga kacang buncis masak.
3. Sejurus sebelum ditutup api, masukkan hirisan cili merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan tutup ap

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Jeruk Epal Asam Boi