RESEPI ENAQ: AYAM KICAP TIGA SERANGKAI ENAQ

Assalamualaikum.



Teringat semasa zaman kecil, bila arwah nenda masak ikan kicap atau ayam kicap yang ringkas tapi cukup sedap dan menyelerakan. Cuma tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan serai. Lepas tu masukkan ayam @ ikan yang digoreng terlebih dahulu. Kemudian masukkan kicap dan kaupbalikkan supaya ayam @ ikan bergaul rata dengan kicap. Kemudian ditambahkan air secukupnya.



Untuk lebih meriah lagi nenda tambah ubi kentang. Untuk pedas nenda titik cili padi kampung. Hampir nak tutup api nenda letak daun sup, daun bawang, dan buah tomato. Masak kicap versi nenda ni x pekat kuahnya. So sesiapa yang suka kuah lebih,  bolehlah letak banyak-banyak semasa makan nasi.  Slurrp... macam sup kicap pula.


Hari ini masak kicap versi yang sama tetapi menggunakan tiga serangkai kicap ENAQ; kombinasi kicap manis, kicap masin, dan kicap pedas. Tak perlu tambah garam, gula, dan cili padi. Semuanya telah lengkap.  Memang sedap digunakan untuk masakan berkicap.

Resepi Ayam Kicap Tiga Serangkai Enaq
oleh: Kak Noor @ sajiandapurbonda


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam organik - dibuang kulitnya dan dipotong 12
3 biji ubi kentang - dipotong wedges
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai - dititik
Kicap lemak manis Enaq secukup rasa
Kicap lemak masin Enaq secukup rasa
Kicap pedas Enaq secukup rasa
Air secukupnya - (bergantung kepada kuantiti kuah yang dikehendaki)
Daun sup dan daun bawang
1 biji tomato - dipotong empat bahagian

Cara-caranya:
1. Ayam digaramkunyitkan dan digoreng 3/4 masak. Tos dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak daripada gorengan ayam untuk menumis. Bila minyak telah panas, tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan serai. Tumis sehingga bawang bertukar warna kekuningan.
3. Masukkan ayam dan tiga serangkai kicap Enaq secukup rasa Kaup balikkan ayam sehingga bergaul rata dengan kicap.
4. Masukkan air dan kacau rata. Masukkan ubi kentang dan perlahan api. Biar ayam mereneh di dalam kuah sehingga ayam masak sepenuhnya dan pada masa yang sama ubi kentang turut empuk.
5. Bila ayam telah masak dan ubi kentang telah empuk, masukkan buah tomato, daun sup, dan daun bawang. Kacau dan biarkan kuah mendidih sekali lagi. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung