Kari Telur Ala-ala Nasi Kandaq
Assalamualaikum Semua.
Dah dinner ke belum? Siang tadi tak masak untuk lunch. Just goreng nasi untuk breakfasti dan makan sehingga ke petang. Malam terasa keroncong pula perut. Lepas maghrib terus ke dapur tengok apa yang ada. Selalunya bila masak lauk telur ini ia adalah alternatif terakhir sebab stok lauk-pauk semua telah clear.
So inilah menu untuk makan malam ini. Fresh from kuali. Set makan malam yang ringkas tetapi mengancam selera; kari telur, ikan tenggiri jeruk goreng bersama kicap enaq. Dimakan bersama nasi panas. Sedap bak hang... Encik suami bertambah nasi. Sempat juga cheq mencelah, amboi... tambah nasi nampak. Sedap ka? Mestilah sedap kan... kalau tidak taklah bertambah nasi.
Kari telur ini kuahnya pekat ye. Kalau nak kuahnya cair, bolehlah tambah air aje. Kari ini kalau dah semalaman lagi sedap. Boleh cicah ngan roti benggali untuk breakfast esok.
Yang paling sedap bila dapat makan nasi berlauk kari telur dengan kicap lemak manis Enaq. Fuhhh... sedap. Teringat zaman semasa kecil. Kalau makan nasi dengan apa-apa lauk kari, mesti ada kicap. Dah jadi mak pun masih ada taste macam tu juga. Ada kari, ada kicap.
Resepi ini juga boleh diakses di page FB sajian dapur bonda. Siap dengan langkah-langkah penyediaannya di setiap gambar. Sila klik di sini.
Resepi Kari Telur Nasi Kandaq
Oleh: Sajian Dapur Bonda
Bahan-bahannya:
10 biji telur ayam – direbus
Segenggam ikan bilis – dibasuh dan ditoskan.
3 biji kentang - dibelah dua atau tiga
2 biji cili hijau – dibelah dua tetapi tidak putus
2 keping asam gelugor @ asam keping
1 cawan santan pekat – Kak Noor guna santan sawit KHALIS
1 sudu kecil perencah kuah TUMIS
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan tumisan:
1 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 tangkai daun kari – dilurut daunnya
Bahan-bahan dikisar lumat (menggunakan blender):
4 sudu besar rempah kari daging BABAS
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
3 biji cili hijau
4 biji buah keras
Air secukupnya untuk mengisar
Cara-cara penyediaannya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumisan sehingga naik bau (jangan sampai hangus).
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Gunakan api sederhana. Tutup kuali bagi mengelakkan kauh merecik ke dinding. Masak sehingga rempah sedikit garing/terbit minyak.
3. Masukkan santan bersama 2 cawan air. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Perasakan dengan gula, garam, dan perencah kuah TUMIS. Kacau rata.
5. Masukkan ubi kentang dan masak sehingga ubi kentang empuk.
6. Setelah ubi kentang empuk, masukkan telur rebus, ikan bilis, dan asam gelugor. Kacau dan biarkan kuah mendidih sekali lagi dan ikan bilis masak sempurna.
7. Sebelum tutup api, masukkan cili hijau.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan ikan tenggiri jeruk goreng.
Komentar
Posting Komentar