FENOMENA FUDGY BROWNIES @ BROWNIES KEDUT
Assalammualaikum.
Fenomena FUDGY BROWNIES atau dalam Bahasa Melayunya BROWNIES KEDUT. Terdapat pelbagai resepi dan versi brownies ini. Cuma pilih sahaja resepi yang berkenan di hati.
Fenomena brownies kedut ini juga menjalar kepada sibongsu di rumah. Request suruh ibu buat, nak makan brownies kedut katanya. Siap bagitahu lagi kalau ibu tak buat Shila order kat kawan di sekolah.
Buat apalah nak beli kalau ibu sendiri pun boleh buat. Semua bahan dah ready di rumah. Cuma nak rajin aje. Sebenarnya dah banyak kali buat brownies ini. Kadang-kadang tu.. makan pun tak habis. Itulah anak-anak kita ni, kalau tengok kawan makan brownies dia pun teringin nak makan, minta kita buatkan. Tapi bila dah buat, makan sedikit sahaja. ,Satu loyang tu banyak sangat, tak habis makan satu famili. Makan diberilah kepada jiran-jiran dan office mate untuk sama-sama merasa.
Resepi yang Kak Noor gunakan ini hasilnya memang moist dan sedap sangat. Resepi ini Kak Noor skodeng di FB. Mohon dihalalkan kepada empunya resepi ye. Resepi asal tiada whipping cream d tetapi Kak Noor tambah untuk menyedapkannya lagi. Kak Noor guna loyang 10" x10".
Sebelum dibakar, letak chocolate coin putih dan cincangan badam |
Ada taburan badam dan chocolate coin lagi. Coklat pula Kak Noor guna coklat compound Beryls. Ada terbaca dalam resepi-resepi brownies yang diposkan, penggunaan jenama coklat turut mengambil kira keenakan brownies yang dihasilkan. Ada juga yang menggunakan chocolate chips jenama Hershey's.
Untuk tempahan FUDGY BROWNIES,
Sila hubungi 0162890412.
Harga: RM45 (tanpa topping) RM50 (topping)
Dicuba oleh: Sajian Dapur Bonda
Bahan-bahannya:
400 gm chocolate compound Beryls
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur Gred A - Kak Noor guna telur Omega
1 sudu kecil esen butter vanilla
120 gm tepung naik sendiri jenama Blue Key
2 sudu besar susu tepung Fernleaf
2 sudu besar UHT Whipping Cream
30 gm serbuk koko Hershey's
Untuk Hiasan:
Chocolate coin (putih atau coklat)
Taburan badam
Cara-caranya:
1. Chocolate compound dipotong kecil.
2. Satukan chocolate compound dan butter di dalam bekas. Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut sepenuhnya.
3. Di dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur, dan esen butter vanilla. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
4. Satukan tepung naik sendiri dan serbuk koko, dan kemudian diayak.
5. Tuangkan adunan coklat ke dalam adunan telur dan gula. Masukkan whipping cream. Kacau rata.
6. Kemudian masukkan ayakan tepung yang bercampur koko tadi ke dalam adunan sedikit-sedikit. Kemudian gaul rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10” x 10” yang telah dilapik baking paper dan dioleskan juga dengan butter.
8. Sekiranya suka tabur cincangan badam dan hiaskan dengan coklat coin.
9. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 160C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
10. Bila telah masak, tutup oven. Biarkan kek di dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.
11. Potong semasa brownies masih suam-suam.
Komentar
Posting Komentar