Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2016

Blended Orange Cake

Gambar
Assalamualaikum... Lama xjumpakan.. diharap sihat sejahtera semuanya. Kek ini kaknita buat semalam. Tetiba ja terasa nak mkn kek2 klasik . Kebetulan ada orange dok tergolek dlm peti ais tu , kak nita blender jer bhn2 tu , pastu bakor. Senangkan..kalu xde mixer pon bole buat .  Kalu nak try bole semak resepi kat bawah ni .. dah banyak kali buat sebelum ni. Tp resepi ni akak amik  kat fb ..lebih kurang sama je resepi ni dgn yg ada kat MyResepi .  Blended Orange Almond Cake Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang Bahan-bahannya :~ 1 biji buah limau oren Sunkist (saya guna seedless) 3 biji telur ayam ⅛ sudu teh garam (⅛ = secubit) 1½ cawan gula halus ( letak 1 cwn dah cukup) 1 cawan minyak canola-knita letak mentega cair 1 - 2 titis pewarna kuning 2 sudu besar serbuk badam 2 cawan tepung gandum* 1 sudu besar baking powder* (*diayak bersama) Cara-cara Membuatnya :~ - buah limau dicuci bersih, dipotong 4 dan dibuang biji dan urat putih di tengah² (tujuannya untuk mengelakkan kek men...

KARI KETAM DENGAN NANAS (TUMIS DARAT), kuahnya always be my faveret.

Gambar
Assalammualaikum semua.   Apa yang ibu-ibu masak untuk menu tengah hari tadi. Adakah sama menu makan tengah hari dengan menu untuk makan malam ini.  Bagi Kak Noor menu tengah hari sama aje dengan menu malam sekiranya lauk yang dimasak siang tadi masih banyak lagi.   Biasanya bila masak lauk, Kak Noor akan bajet ia cukup sehingga ke malam.  So tak payahlah dua tiga kali berperang di dapur.  Panaskan aje. Lagipun Encik Hasben dan anak-anak dah tak kisah makan lauk yang sama, telah menjadi kebiasaan mereka.  Sebelah malam adalah masa untuk kita yang dah masuk 50 series ini rehat-rehatkan badan dan tenangkan fikiran.  Esok pagi mental dan fizikal perlu fresh untuk ke tempat kerja.   Tetapi seandainya pada hari itu permintaan melebihi pengeluaran, maka perlulah ada kontigensi.  Kita pun tak dapat nak baca selera ni,  Kadang-kadang selera meningkat secara tiba-tiba.  Justeru itu stok-stok makanan kering seperti telur, ikan bilis, ikan ker...

KEK MARBLE COCONUT PANDAN BUTTER MILK, ada kelainan aromanya.

Gambar
Assalammualaikum. Kebiasaannya bila weekend Kak Noor akan buat kek marble untuk customer yang order masa weekday. So bila dah masak anak yang bongsu selalu bertanya, `Kek ni kita punya ke?.. tapi jawapan yang sama saya beri pada setiap minggu. Ini ada orang order'. Si bongsu tanya lagi, kat kita tak ada ke? So saya akan jawab, tak de... bukan makan punnn.. kalau ibu buat.. membazir aje'. Si bongsu diam dan berlalu pergi. Minggu ini pertanyaan yang sama diajukan. Suka hatinya bila dapat tahu kek yang siap dibakar atas redai itu ibu buat untuk makan-makan keluarga. Dicuitnya kerak-kerak kek dan terus ngap ke mulutnya. Sedap sangat katanya.  Tapi seperti biasa, tak makan banyak mana pun. Terpaksalah dimasukkan di dalam bekas kedap udara. Hari Isnin nanti boleh bawa ke pejabat jamu kawan-kawan. Kek Marble ini diberi nama KEK MARBLE COCONUT PANDAN BUTTERMILK. Memang moist dan wangi sangat bila dibakar. Kombinasi perasa pandan coconut emulco dan butter milk flavour. Memang semerbak...

Rendang Kerang Berempah, Inspirasi Sajian Dapur Bonda

Gambar
Assalammualaikum. Siapa suka makan rendang kerang? Ramai yang suka tetapi tak ramai yang suka mengopeknya. Ingat lagi semasa zaman kanak-kanak, sukahati sangat kalau arwah tok minta tolong kopek kerang. Apa taknya satu masuk bekas, tiga lagi masuk mulut. Tak perlu nak tunggu cicah air asam. Biasanya balance untuk dimasak hanya tinggal tiga perempat aje. Satu perempat dah masuk perut. Lepas tu mulalah mengadu sakit perut. Padan muka siapa suruh curi makan.  Arwah tok selalu pesan semasa kopek kerang tu tengok-tengok sama kalau ada ketam kecil bewarna putih di dalam kerang. Kalau ada buang aje kerang tu, tak boleh makan, nanti sakit perut guling-guling katanya. Anak ketam ini biasanya terletak di sebalik celah-celahan isi kerang. Seingat Kak Noor kerang ini arwah tok masak kari kerang bersama ubi keledek.  Suatu ketika dulu harga kerang memang murah. Sekilo tak sampai RM1. Tetapi sekarang dah mencecah RM8 sekilo. Jika nak masak rendang kerang tak berbaloi kalau beli setakat seki...