Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua...



Hari ni semua anak2 semua ada kat umah ..
Bersemangat sikit ibu nak masak special sikit.. ayam panggang ni la jd menu utama hari ni .
Pagi2 lg pi hantaq luqman ke kelas memandu .pastu singgah pasar beli bhn terus saja marinate.

Dkt2 kul 1 baru grill .
Alhamdulillah ,semua suka ....mkn sampai selesai sekoq ayam 2kgs.
Simple jer ,kalu nak cuba bole semak resepi ni :


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Sumber : dapur-mamasya
Sumber 2: kaknita
Bahan2 untuk (8-10 orang)
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam 
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
3 btg serai (kaknita tambah) 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran 
1 1/2 sudu teh garam halus 
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega


Cara-caranya
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.Kaknita masukkan sekali kentang dan carrot .  
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering


Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)


Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.





Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kuih Lopes

Bubur Kacang Hijau Bersagu Lemak Berkrim - Versi Periuk Noxxa Sajian Dapur Bonda

Sotong Kangkung