KARI KETAM DENGAN NANAS, TUMIS DARAT - Versi Periuk Noxxa
Assalammualaikum dan Selamat Santai di Hujung Minggu. Alhamdulillah dan selesai menikmati makan tengah hari. Hari ini Kak Noor masak menu yang dinantikan oleh Encik Hasben sejak semalam iaitu Kari Ketam Dengan Nanas, versi tumis darat. Semalam Encik Hasben beli ketam di Pasar Tani Setiawangsa. Bolehlah besar-besar juga ketamnya; enam ekor RM41. Biasalah harga ketam, mana ada yang murah. Tu lah tak boleh beli selalu. Isinya tak seberapa, berat pada kulitnya aje. Better beli ayam lagi. Tapi kalau tiap-tiap hari mengadap menu ayam, rasa jemu juga . Kari ketam masih dalam di dalam periuk noxxa. Senantiasa panas aje kuahnya. Bila masak menu ketam ini, rasa kasihan pula kepada kedua-dua anak Kak Noor. Kita bila mendengar ibu nak masak ketam, mesti dah beria-ia dan tak sabar nak makan. Bukan selalu pun dapat menikmati hidangan ini. Tapi lain pula feedback daripada dia orang ni; tak teruja langsung sebab mereka alergik dengan masakan ketam. Dah pernah mak...