Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2012

Butter Cake

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kek ni akak buat semalam .Tetiba ja rasa teringin nak makan kek yg klasik ,yg tak pernah dilupakan walaupun zaman berlalu silih berganti. Kalu kita tengok kat kedai2 ,even kat runcit pon ada kek ni.  Kalu nak beli pon boleh tapi kalu buat sendiri lg best,fresh from oven kannn? Resepi ni akak dapat dari MyResepi  akma 4th  . Terima kasih ya Akma!. Kek ni mmg gebu dan tak berminyak. Bagi akak mmg ok . Mmg patut la dia letak nama Kek Mentega Elite. Kek Mentega Elite a.k.a  Butter Cake  Sumber : MyResepi (akma 4th) Resepi asal : Majalah Rasa. Bahan-bahan ( 1 biji ) ~kaknita guna loyang 7" empat segi Bahan A: 250g self raising flour 40g susu tepung 200g mentega Bahan B: 5 biji telur 200g gula kastor (160g gula pasir) ~kaknita letak 150g gula kastor 1 camt. esen vanila Cara-cara Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu. Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul seh...

Ayam Panggang Bermentega

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Petang tadi lepas keluar dr office akak terus jer balik rumah . Godek2 kat peti ais ada la ayam . Jadi akak buat ni lah  utk makan malam tadi. Mmg senang dan cepat .Sesuai sangat utk ibu bekerja mcm akak nih.  Nak tau rahsianyaaaaa??? Hahaha...akak pakai alat panggang ajaib...alat ni mmg popular kat pasaran sekarang nih...Tapi yg besttt sangat tu ,mak akak yg hadiahkan ni ...Tima kasih bebanyak mak!!! Kalu nak tengok rupa alat ni boleh klik  sini . Hishhhhh jgn tersilap pulakkkk akak bukannya nak jual alat ni,tapi akak nak share resepi ayam panggang yg simple nih ye...hehehe . kot2 la kalut esok , tak dan/tak dak masa  nak buat rendang , kerutup ke...bole juga buat ayam ni... kannnn.?? Ayam Panggang Bermentega Sumber : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan2 1/2 ekor ayam 2 sd besar mentega garam serbuk kunyit lada sulah 2 sudu besar mayonis sedikit serbuk perencah hilal @ gantikan dgn gula bawang besar dibelah 4 - jika suka...

Mee Hoon Soto

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Soto adalah makanan yang berasal dari Johor. Ia adalah sup yg selalunya dimakan bersama nasi himpit /mee hoon/mee. Akak ni org utara ,tak pandai sangat nak buat kuahnya ni. Cuma dah banyak kali tengok dan makan yg  kak ipar(Kak Za-suaminya org Johor) buat . So ,kat situ lah akak  amik2 petua sikit-sikit.  Kalu Kak Za yg buat mmg perrghhh...sedapppp. Yg akak buat ni taklah sampai tahap tu lg  tapi insyaAllah boleh makan , boleh tambah jugak kotttt...ahakkks... apa2 pon cuba, try dan test dulu resepi yg kat bawah ni yerrr.... Mee Hoon Soto  Sumber : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com Bahan A ~ untuk sup 1 bungkus Mee hoon -direndam dan direbus. 1/2 Ekor Ayam 2 sd besar jintan manis 1/2 sd besar jintan putih 1 sd besar lada hitam 2 biji buah keras 1 biji bawang besar 5 biji bawang putih Halia sebesar ibu jari Garam , Gula dan kiub pati ayam secukup rasa. 2 liter air . ( lebih kurang 11/2 jug ) Bahan B - untuk tumisan Bunga cen...

Dadih

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka makan dadih tak??...bagi yg menggemari susu ,dadih adalah satu hidangan yg tak akan ditolak sama sekali. Memang sesuai dimakan sejuk2 @ dingin2 gitu kannnn. Lagi pon penyediaannya begitu mudah dan simple sekali. Dulu2 kalu nak makan beli jer...tapi sekarang buat sendiri ler...Resepi ni akak dapat dr blog Kak Yati  . Terima Kasih ya ,Kak Yati. Izinkan saya share resepi yg besttt nih... Dadih ni juga sesuai untuk dijadikan pencuci mulut di majlis2 , jamuan2 raya , kenduri kawin ka...apa2 je lahhhh. ..Kalu nak buat jamuan tu letak kat kotak yg tahan sejuk tu dan letak kiub ais bebanyak kat dlm kotak tu utk kekal sejuk dan nyaman. Dadih Sumber : Blog Kak Yatie ~ Sinar Kehidupanku Bahan-bahan ( kak nita dapat 36 pcs bekas kecil mcm kat atas ni. ) 10gm agar2 serbuk 1 1/2 cawan gula pasir 3 liter air (dlm 12 cwn) 200 gm Coffemate Creamer - bole juga gantikan dgn susu tepung 1 tin susu sejat/ cair Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan...

Heavenly Milo Jelly

Gambar
 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bertemu lg kita di hari terakhir Syawal  ni... sekejap je... dan tak lupa juga akak nak ucapkan Selamat Hari Malaysia.Aktiviti menghadiri rumah terbuka pon dah berakhir walaupon tak semuanya dapat dipenuhi. Apa-apa pon terima kasih la kepada yg sudi menjemput akak dan kepada yg sudi mengunjungi umah akak ye... Hari ni akak nak share resepi dr  Alongroz  yg cun dan sentiasa berkongsi resepi yg sedap2. Sejak dr keluar entry jelly ni , akak dah simpan resepi tapi setiap kali beli oreo , belum sempat buat oreo dah habisssss...bukan apa anak2 akak mmg sukakan biskut oreo . At last akak gantikan oreo tu dgn hirisan coklat kek. Ampun ya along...saya terkeluar sikit dr tajuk sebenar ...Anyway , resepi along ni mmg mantop...mmg kaya dengan kelemakan milonya  ,anak2 dan abahnya sekali pon suka. Izinkan akak share kat sini ye Along... Heavenly Milo Jelly. Sumber resepi : AlongRoz@HomeKreation Saiz: 8" persegi ( kak nita pakai loya...

Puding Susu Koktel

Gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Moga2 semuanya dlm keadaan sihat sejahtera ya... Maaf la kalu singgah tu ada gambar yg sama je... tak ber"update" . Maklum la sibuk beraya ke sana , sini ...Periuk belanga berehat  gitu....hehehe. Hari ni tekak ni rasa nak makan yg sejuk2 gitu . Stok buah koktel ni mmg dah lama kat dapur tu .Yg paling cepat dan senang puding ni la .Kalu letak dalam bekas kecil2 cepat sikit membeku ,pastu sejukkan dalam peti ais dan hidangkan . Resepi ni akak refer dr Blog CT Delima .  Kalu nak cuba bole rujuk resepi kat bawah ni ya:  Puding Susu Koktel Sumber  : Ct Delima, Kak Ummi Bahan-bahan: 1 paket serbuk agar-agar (11 gm) 2 biji telor 4 cawan air (kak nita letak air biasa + air dr buah coktail) 1/2 tin susu cair 1 cawan gula pasir 2 - 3 sudu besar tepung kastad 1 tin fruit cocktail Cara-Cara: Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung   kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran...